1.88 juta rakyat nikmati manfaat MySalam: Fahmi

June 12, 2026 · Isu semasa

Seramai 1.88 juta rakyat Malaysia telah menerima manfaat menerusi program MySalam sejak ia diperkenalkan pada 2019, dengan jumlah tuntutan yang dibayar mencecah RM1.423 bilion sehingga 31 Disember 2025.

Jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil berkata pencapaian itu dibentangkan kepada Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet hari ini sebagai bukti keberkesanan skim perlindungan kesihatan yang diwujudkan khusus untuk golongan berpendapatan rendah.

“Sejak 2019 sehingga 31 Disember 2025, seramai 1.88 juta rakyat Malaysia telah menerima manfaat dengan jumlah tuntutan dibayar sebanyak RM1.423 bilion,” katanya pada sidang media mingguan selepas mesyuarat Jemaah Menteri.

Menurut beliau, program yang diuruskan oleh Kementerian Kewangan itu bermula pada 2019 dengan dana berjumlah RM2.37 bilion dan menawarkan perlindungan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) serta pasangan mereka yang berumur sehingga 65 tahun.

Fahmi berkata, penerima yang layak boleh menikmati tiga bentuk manfaat utama di bawah skim berkenaan, iaitu bantuan hospitalisasi, perlindungan penyakit kritikal dan tuntutan peranti perubatan.

“Bagi manfaat hospitalisasi, penerima boleh menerima RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari setahun atau sehingga RM700 setahun. Selain itu, bantuan sekali bayar sehingga RM8,000 disediakan kepada mereka yang disahkan menghidap salah satu daripada 50 penyakit kritikal yang disenaraikan,” katanya.

Beliau berkata, MySalam turut menyediakan tuntutan kos peranti perubatan sehingga RM30,000 bagi penerima yang layak.

Mengulas pecahan manfaat yang telah disalurkan, Fahmi berkata seramai 1.294 juta penerima telah menerima manfaat hospitalisasi dengan jumlah bayaran sebanyak RM394.87 juta.

“Bagi penyakit kritikal pula, seramai 89,085 penerima mendapat manfaat dengan jumlah pembayaran RM712.68 juta,” katanya.

Beliau menambah, seramai 13,128 penerima turut menerima bantuan bagi peranti perubatan dengan jumlah tuntutan yang dibayar sebanyak RM65.257 juta.

Program MySalam diperkenalkan oleh kerajaan pada 2019 sebagai skim perlindungan takaful kesihatan percuma bagi membantu golongan B40 dan penerima bantuan kerajaan menghadapi beban kewangan akibat masalah kesihatan serius.

Skim itu terus diperkasakan dari semasa ke semasa bagi memastikan lebih ramai rakyat berpendapatan rendah mendapat akses kepada perlindungan kesihatan yang komprehensif.

Berita berkaitan
Malaysia tegas pertahan kedaulatan, bantah campur tangan Ahli Kongres AS: Fahmi
13 jam lalu· Isu semasa
Malaysia fokus tadbir urus digital, pastikan platform media sosial selamat: Fahmi
July 21, 2026· Isu semasa
Jangan nafikan pemimpin Melayu-Islam dalam PH: Fahmi
July 21, 2026· Politik
Menteri diingatkan kekal profesional semasa berkempen, bukan arah letak jawatan: Fahmi
July 21, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Berita baik untuk rakyat, bantuan SARA akan dinaikkan pada masa terdekat
3 jam lalu · Isu semasa
Teknologi perlu selamat, adil dan dipercayai
6 jam lalu · Isu semasa
Festival Sungai Melaka cipta dua rekod Malaysia Book of Records
10 jam lalu · Isu semasa
MCMC rekod lebih 377,000 permohonan turunkan kandungan bahaya tahun ini
12 jam lalu · Isu semasa
PRN N9: Tauliah mengajar agama ahli politik digantung sementara
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Syarikat telco bocor data Khairul Aming merisaukan, Fahmi arah MCMC dapatkan laporan penuh
July 21, 2026
[VIDEO] PH sudah buktikan 8 tahun tadbir Negeri Sembilan, PRN ini teruskan kerajaan yang stabil
July 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok