10 aktivis Malaysia pertimbang teruskan misi bantuan Gaza

May 3, 2026 · Isu semasa

Sepuluh aktivis Malaysia yang baru dibebaskan daripada tahanan Israel kini diberi tempoh sehingga esok untuk memutuskan sama ada akan meneruskan pelayaran misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF 2.0).

Chef de Mission Sumud Nusantara, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata keputusan itu diserahkan sepenuhnya kepada para aktivis selepas mereka melalui pengalaman sukar apabila kapal mereka dipintas tentera Israel.

“Ya, ada yang cedera kerana dipukul tentera Israel. Alhamdulillah mereka sudah menerima rawatan dan berada dalam keadaan yang membolehkan mereka meneruskan misi. Namun, kita beri ruang untuk mereka buat keputusan sendiri,” katanya dipetik laporan media.

Menurut beliau, perbincangan masih berjalan bagi menentukan hala tuju kumpulan tersebut dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara mengesahkan seramai 175 aktivis GSF termasuk 10 rakyat Malaysia telah dibebaskan selepas ditahan ketika cuba menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Insiden itu berlaku apabila kapal misi mereka dipintas di perairan antarabangsa, mencetuskan kecaman daripada pelbagai pihak.

Misi GSF 2.0 merupakan usaha antarabangsa yang disertai aktivis dari pelbagai negara bagi menyalurkan bantuan dan menarik perhatian dunia terhadap sekatan berterusan Israel ke atas Gaza.

Sekatan tersebut telah lama dikritik kerana memberi kesan besar terhadap bekalan makanan, perubatan dan keperluan asas penduduk Palestin.

Muhammad Nadir berkata sekiranya delegasi Malaysia memilih untuk meneruskan misi, mereka dijangka akan menyertai pelayaran baharu bersama aktivis antarabangsa lain seawal minggu ini.

“Ketika ini cuaca tidak mengizinkan kerana ribut, jadi kita jangka pelayaran mungkin bermula Isnin atau Selasa. Sebanyak 15 kapal akan bergerak dari Pelabuhan Marmaris di Turkiye,” katanya.

Beliau turut berkongsi ketibaan para aktivis di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul disambut meriah oleh penyokong, dengan sorakan dan kata-kata semangat.

Walaupun berdepan tekanan dan risiko, beberapa aktivis Malaysia dilihat masih bersemangat untuk meneruskan misi, sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin yang terus berdepan krisis kemanusiaan.

Berita berkaitan
Belanjawan 2027: STR, SARA RM16 bilion kekalkan kuasa beli rakyat
October 23, 2026· Isu semasa
Pelepasan cukai RM12,000, gaji bersih M40 dijangka naik Januari
October 20, 2026· Isu semasa
MOF belum putuskan bantuan kewangan untuk AirAsia
October 19, 2026· Isu semasa
Hampir RM11 bilion STR, SARA disalur hingga September
October 19, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Polis siasat wanita didakwa kasari dua kanak-kanak di pusat beli-belah: Bernama
November 1, 2026 · Isu semasa
Isu curi kandungan, Fahmi minta buat laporan kepada Majlis Media
1 jam lalu · Isu semasa
RM259.5 juta tunggakan projek luar bandar perlu dilunaskan: Zahid
8 jam lalu · Isu semasa
Dana kerajaan mesti sampai kepada rakyat, bukan bocor: PMX
8 jam lalu · Isu semasa
25 aduan petrol bercampur air di Perak: KPDN
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
11 jam lalu
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok