Polis siasat wanita didakwa kasari dua kanak-kanak di pusat beli-belah: Bernama

November 1, 2026 · Isu semasa

Polis sedang menyiasat tindakan seorang wanita tidak dikenali yang didakwa menolak seorang kanak-kanak lelaki sehingga terjatuh selain memukul kepala adik perempuannya di sebuah pusat beli-belah di sini, susulan kejadian yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Ahmad Azwan Amin Nordin berkata pihaknya mengesan rakaman video berdurasi 35 saat yang memaparkan pertengkaran antara dua individu di premis berkenaan dipercayai susulan insiden itu.

Beliau berkata polis menerima laporan daripada bapa kedua-dua kanak-kanak berkenaan yang berusia 36 tahun pada 7.39 malam.

“Menurut pengadu, kejadian berlaku kira-kira 3 petang ketika beliau sedang berjalan bersama dua anaknya yang berusia dua dan tujuh tahun sebelum seorang wanita tidak dikenali secara tiba-tiba menolak anak lelakinya dari belakang sehingga terjatuh.

“Wanita itu turut didakwa memukul bahagian belakang kepala anak perempuan pengadu yang berusia dua tahun,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Ahmad Azwan berkata polis memandang serius kejadian berkenaan dan sedang menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar insiden serta melengkapkan siasatan mengikut peruntukan undang-undang.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat spekulasi, menyebarkan tuduhan atau berkongsi maklumat yang belum disahkan kerana tindakan sedemikian boleh menjejaskan siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-2600 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Berita berkaitan
Op Viking: Polis sita aset RM409 juta berkait mafia korporat, 70 individu dipanggil
October 28, 2026· Isu semasa
Shuhaily didakwa esok berhubung kes di KLIA: Laporan
October 20, 2026· Isu semasa
Kes scam: Dakwa terbabit pengubahan wang haram, suri rumah rugi RM472,000
October 20, 2026· Isu semasa
Polis: Dakwaan edar dadah dekat IPD Sentul kes lama pada 2016
October 19, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Isu curi kandungan, Fahmi minta buat laporan kepada Majlis Media
November 1, 2026 · Isu semasa
RM259.5 juta tunggakan projek luar bandar perlu dilunaskan: Zahid
8 jam lalu · Isu semasa
Dana kerajaan mesti sampai kepada rakyat, bukan bocor: PMX
8 jam lalu · Isu semasa
25 aduan petrol bercampur air di Perak: KPDN
10 jam lalu · Isu semasa
Sultan Selangor gering, istiadat 1 November ditunda
24 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
10 jam lalu
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok