1,098 Pusat NADI sasar pecah rekod MBOR dalam program Senam Sihat MADANI

August 16, 2026 · Isu semasa

Bukan sekadar sambutan Merdeka, lebih 50,000 rakyat dijangka ‘turun padang’ menyertai Senam Sihat MADANI Merdeka 2026 yang akan digerakkan serentak di 1,098 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) seluruh negara.

Program berskala besar itu dianjurkan sempena Bulan Kebangsaan dengan sasaran turut mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi penyertaan serentak rangkaian NADI di seluruh negara.

Inisiatif berkenaan dilancarkan Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi, Aminurrahim Mohamed, ketika Program MADANI Kita (PMK) Larkin hari ini.

Lebih menarik, program itu bukan sekadar mengajak masyarakat beriadah, sebaliknya menjadi medan untuk mengeratkan hubungan komuniti sambil membudayakan gaya hidup lebih sihat.

“Senam Sihat MADANI Merdeka menjadi antara usaha memperkukuh kesejahteraan komuniti menerusi aktiviti yang dekat dengan rakyat dan dilaksanakan hingga ke peringkat akar umbi,” menurut Kementerian Komunikasi.

Program itu dilaksanakan di bawah teras Kesejahteraan Kendiri dalam Perkhidmatan Pintar NADI, dengan fokus menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup aktif serta mengambil berat kesihatan diri dan keluarga.

Di Larkin, kemeriahan program turut diserikan dengan pelbagai perkhidmatan kesihatan percuma untuk masyarakat setempat.

Antaranya saringan kesihatan asas, pemeriksaan pergigian dan saringan risiko kesihatan jantung menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Pendekatan itu memberi peluang kepada orang ramai mengetahui tahap kesihatan masing-masing selain meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pengesanan awal risiko kesihatan.

Setakat ini, 137,254 peserta di seluruh negara sudah mengikuti program di bawah teras Kesejahteraan Kendiri. Di Johor Bahru pula, 245 peserta menerima manfaat menerusi pelbagai program dan saringan kesihatan yang dijalankan melalui NADI.

PMK Larkin merupakan lokasi ketiga dalam siri Program MADANI Kita selepas Permatang Pauh dan Nibong Tebal, yang diselaraskan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerusi rangkaian NADI.

Perkembangan itu menunjukkan fungsi NADI kini semakin meluas, bukan hanya sebagai pusat akses digital, malah turut menjadi lokasi komuniti mendapatkan pelbagai perkhidmatan dan manfaat secara terus.

Dengan 1,098 NADI bergerak serentak, Senam Sihat MADANI Merdeka kali ini dijangka menjadi antara acara komuniti terbesar sempena sambutan Bulan Kebangsaan, sambil menyatukan rakyat menerusi satu mesej mudah — kekal aktif, kekal sihat dan kekal bersama.

Berita berkaitan
Ibu bapa benteng utama keselamatan digital anak: Fahmi
September 12, 2026· Isu semasa
MCMC nafi terlibat isu dalam laporan Anthropic
September 11, 2026· Isu semasa
Fahmi : Penjual dadah guna istilah pelik, kelirukan pengguna dalam talian
September 10, 2026· Isu semasa
Fahmi: Ekonomi digital ASEAN sasar AS$2 trilion menjelang 2030
September 10, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Saifuddin: Polis buka kertas siasatan, dakwaan Ismail dipaksa jadi perhatian
September 14, 2026 · Isu semasa
DKU: Tuanku Muhriz kekal bertakhta, proklamasi penurunan tak sah
September 14, 2026 · Isu semasa
FGV lantik firma audit bebas, semak isu tadbir urus
1 jam lalu · Isu semasa
Saifuddin mahu elaun RELA RM8 disemak segera
4 jam lalu · Isu semasa
Lawatan sulung PMX ke Maldives beri momentum baharu hubungan dua hala: Bernama
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok