29 rakyat Malaysia selamat tiba di Turkiye selepas ditahan tentera regim

May 22, 2026 · Isu semasa

Semua 29 rakyat Malaysia yang ditahan pihak Israel ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 dilaporkan selamat tiba di Istanbul, Turkiye, petang semalam.

Menteri Luar Mohamad Hasan berkata, kumpulan terbabit tiba kira-kira jam 5.45 petang waktu tempatan selepas dibebaskan bersama ratusan aktivis antarabangsa lain.

“Setakat ini semua dalam keadaan baik walaupun enam peserta termasuk lima lelaki mengalami kecederaan dan perlu menjalani pemeriksaan kesihatan,” katanya dipetik laporan media.

Misi GSF 2.0 disertai 428 aktivis kemanusiaan dari pelbagai negara yang cuba membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza sebelum kapal mereka ditahan tentera Israel di perairan antarabangsa.

Insiden itu sekali lagi mencetuskan kecaman masyarakat antarabangsa terhadap tindakan Israel yang didakwa menghalang usaha bantuan kemanusiaan ke wilayah bergolak berkenaan.

Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Dr Sani Araby Abdul Alim Araby, berkata pihaknya dimaklumkan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, mengarahkan tiga pesawat khas Turkish Airlines dihantar bagi membawa keluar semua aktivis yang ditahan.

Menurut beliau, semua aktivis dipindahkan menaiki bas ke Lapangan Terbang Ramon sebelum diterbangkan ke Istanbul menggunakan penerbangan khas tajaan kerajaan Turkiye.

“Mereka akan menjalani pemeriksaan kesihatan sebaik tiba di Turkiye kerana terdapat laporan beberapa tahanan dipukul dan mengalami kecederaan ketika ditahan,” katanya.

Delegasi Malaysia turut disambut wakil Kedutaan Malaysia di Turkiye, Wisma Putra dan kerajaan Turkiye sejurus tiba di Istanbul.

SNCC menjangkakan semua rakyat Malaysia terbabit akan berlepas pulang ke tanah air dalam masa terdekat sebelum tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad ini.

Berita berkaitan
Pengguna Waze dedah paparan data yang disimpan, cetus persoalan privasi
October 25, 2026· Isu semasa
Anwar: Waze mungkin diharamkan demi keselamatan negara
October 23, 2026· Isu semasa
Larangan Waze: NGO mahu Malaysia perluas boikot produk Israel
October 21, 2026· Isu semasa
Anwar kecam dunia gagal bela Palestin
October 13, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kempen Internet Selamat fokus penguatkuasaan keselamatan digital: Fahmi
2 jam lalu · Isu semasa
Industri kreatif sumbang RM130.7 bilion kepada ekonomi negara
3 jam lalu · Isu semasa
Pengurangan duti hiburan bukan galak hedonisme, jana ekonomi kreatif: Fahmi
3 jam lalu · Isu semasa
Parlimen: 1,588 rakyat Malaysia ditahan di luar negara kerana dadah
5 jam lalu · Isu semasa
Shuhaily kembali ke PDRM, jawatan Ketua Pengarah AKPS kosong: Saifuddin Nasution
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok