Pengurangan duti hiburan bukan galak hedonisme, jana ekonomi kreatif: Fahmi

1 jam lalu · Isu semasa

Kerajaan menegaskan pengurangan duti hiburan bukan bertujuan menggalakkan budaya hedonisme, sebaliknya menjadi sebahagian daripada usaha memperkukuh ekonomi kreatif negara tanpa mengetepikan nilai agama, moral dan sensitiviti masyarakat.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, pembangunan industri kreatif perlu bergerak seiring dengan pembinaan sahsiah dan pengukuhan nilai kerohanian masyarakat.

“Pembangunan industri kreatif dan pengukuhan nilai agama serta akhlak bukanlah sesuatu yang saling bertentangan, sebaliknya perlu bergerak seiring dalam membina masyarakat yang berilmu, berbudaya dan berakhlak,” katanya ketika perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 peringkat dasar.

Fahmi menjelaskan, pengurangan duti hiburan tidak bermaksud kerajaan melonggarkan kawalan terhadap penganjuran persembahan artis antarabangsa.

Sebaliknya, setiap permohonan persembahan artis luar negara masih tertakluk kepada penelitian Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (JK-PUSPAL), termasuk pematuhan syarat berkaitan keselamatan, ketenteraman awam serta nilai dan sensitiviti masyarakat Malaysia.

Jawatankuasa itu turut melibatkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), selain agensi berkaitan seni, budaya serta pihak berkuasa tempatan.

Menurutnya, JAKIM turut memberikan pandangan berkaitan aspek agama dan sensitiviti masyarakat Islam dalam proses pertimbangan permohonan berkenaan.

Dalam industri perfileman pula, kerajaan menerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) terus menyokong pembangunan filem tempatan, namun kawalan kandungan tetap dilaksanakan.

Filem yang ditayangkan kepada umum masih tertakluk kepada penapisan Lembaga Penapis Filem (LPF) di bawah KDN, selaras dengan Akta Penapisan Filem 2002 bagi memastikan kandungannya mengambil kira aspek keselamatan, ketenteraman awam, moral dan sensitiviti masyarakat.

Fahmi turut menjelaskan, ekonomi kreatif bukan sekadar melibatkan industri hiburan, malah merangkumi bidang filem, muzik, seni persembahan, animasi, permainan digital, penerbitan sastera, fesyen dan kulinari.

Katanya, sektor berkenaan berpotensi menjadi pemacu kepada peluang pekerjaan, peningkatan pendapatan dan pelaburan negara.

Justeru, pembangunan sektor itu perlu diperkukuh menerusi pembangunan bakat, penghasilan karya tempatan serta peluasan akses ke pasaran antarabangsa bagi meningkatkan daya saing bakat dan harta intelek Malaysia.

Berita berkaitan
Kempen Internet Selamat fokus penguatkuasaan keselamatan digital: Fahmi
October 29, 2026· Isu semasa
Industri kreatif sumbang RM130.7 bilion kepada ekonomi negara
October 29, 2026· Isu semasa
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
17 jam lalu· Isu semasa
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
18 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Parlimen: 1,588 rakyat Malaysia ditahan di luar negara kerana dadah
3 jam lalu · Isu semasa
Shuhaily kembali ke PDRM, jawatan Ketua Pengarah AKPS kosong: Saifuddin Nasution
4 jam lalu · Isu semasa
AGC ketuai siasatan khas jenayah kewangan, tiada individu atau syarikat terkecuali
18 jam lalu · Isu semasa
Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 cecah RM4.42
18 jam lalu · Isu semasa
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
October 28, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok