5.5 juta ahli KWSP guna akaun fleksibel, cecah hampir RM20 bilion

July 10, 2026 · Isu semasa

Sebanyak RM19.87 bilion telah dikeluarkan daripada Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) oleh kira-kira 5.5 juta ahli setakat 31 Mei lalu.

Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan baki simpanan dalam Akaun Fleksibel pula berjumlah RM14.36 bilion pada tempoh sama.

Akaun Fleksibel atau Akaun 3 diperkenalkan KWSP pada 11 Mei 2024 sebagai sebahagian penstrukturan semula sistem akaun simpanan ahli.

Kemudahan itu membolehkan pencarum mengeluarkan simpanan bagi keperluan segera, dengan pengeluaran minimum RM50.

Kementerian itu berkata, laporan penyelidikan bertajuk ‘Enduring Today, Shaping Tomorrow: Akaun Fleksibel as a Financial Lifeline for Wellbeing’ yang diterbitkan pada April lalu menunjukkan 37 peratus atau sekitar lima juta ahli membuat sekurang-kurangnya satu pengeluaran antara Mei 2024 hingga Oktober 2025.

Sebaliknya, 63 peratus atau 8.4 juta ahli tidak membuat sebarang pengeluaran daripada akaun berkenaan sepanjang tempoh kajian.

“Dalam kalangan ahli yang tidak membuat pengeluaran, 44 peratus mempunyai baki simpanan mencukupi tetapi memilih untuk mengekalkan simpanan mereka,” kata Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Menurut kementerian itu, baki Akaun Fleksibel bagi 56 peratus ahli yang tidak mengeluarkan wang pula sama ada sifar atau terlalu rendah, iaitu kurang daripada jumlah minimum RM50.

Laporan itu turut mendapati pengeluaran Akaun Fleksibel banyak digunakan untuk menampung keperluan hidup, perbelanjaan harian, rawatan kesihatan serta pembayaran hutang.

“Antara tujuan utama pengeluaran adalah bagi memenuhi keperluan harian, diikuti perbelanjaan rawatan kesihatan dan pembayaran hutang,” katanya.

Jawapan itu diberikan kepada soalan William Leong Jee Keen (PH-Selayang) mengenai usaha kerajaan menjamin daya tahan dana persaraan KWSP susulan trend pengeluaran melalui Akaun Fleksibel.

MOF berkata, analisis KWSP menunjukkan corak pengeluaran semakin stabil selepas fasa awal pelaksanaan Akaun Fleksibel.

Jumlah pengeluaran bulanan dilaporkan menurun secara beransur-ansur kepada purata sekitar RM440 juta sebulan antara Januari hingga Disember 2025.

Bagi memastikan simpanan persaraan ahli terus kukuh, kerajaan dan KWSP akan mengekalkan struktur simpanan teras, memantau trend pengeluaran Akaun Fleksibel serta memperhebat usaha meningkatkan literasi kewangan.

Antara langkah lain termasuk menggalakkan caruman tambahan dan sukarela, mengamalkan pengurusan pelaburan berhemat serta membuat penilaian dasar secara berkala.

“Langkah ini penting bagi memastikan keseimbangan antara keperluan kewangan jangka pendek ahli dan kecukupan simpanan persaraan jangka panjang terus terpelihara,” katanya.

Berita berkaitan
MOF belum putuskan bantuan kewangan untuk AirAsia
October 19, 2026· Isu semasa
Hampir RM11 bilion STR, SARA disalur hingga September
October 19, 2026· Isu semasa
MoF buka ruang rayuan bantuan untuk M40 terjejas bila-bila masa
October 19, 2026· Isu semasa
Dakwaan caj QR bermula November tidak benar: MoF
October 18, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
4 jam lalu · Isu semasa
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
4 jam lalu · Isu semasa
AGC ketuai siasatan khas jenayah kewangan, tiada individu atau syarikat terkecuali
5 jam lalu · Isu semasa
Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 cecah RM4.42
5 jam lalu · Isu semasa
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok