6 anggota pengasas Majlis Media terima watikah, tanda bermula era baharu media

July 15, 2025 · Isu semasa

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyampaikan watikah pelantikan kepada enam daripada 12 anggota lembaga pengasas Majlis Media Malaysia (MMM) di Putrajaya hari ini.

Penyerahan watikah itu menandakan secara rasmi permulaan MMM yang menjadi badan kawal selia dan semak imbang untuk pengamal media tempatan, selain memperkasakan industri media di Malaysia.

“Saya berharap dengan pembentukan MMM, bukan sahaja isu-isu yang dihadapi oleh rakan-rakan dalam industri media dalam negara kita akan dapat diuruskan secara lebih terangkum dan lebih mampan serta lebih bebas tapi pelbagai pihak dapat lebih memainkan peranan untuk membantu memastikan media lebih terus bebas dan berdikari serta bertanggungjawab,” kata Fahmi semasa sidang media selepas penyerahan watikah.

Kesemua anggota lembaga pengasas dilantik berdasarkan kepakaran, pengalaman dan sumbangan dalam bidang kewartawanan, media, akademik dan komunikasi.

Pelantikan ini adalah susulan daripada penggubalan Akta MMM 2025 [Akta 868] yang telah mula berkuat kuasa pada 14 Jun 2025. MMM akan berperanan sebagai badan kawal selia kendiri (self-regulatory body) yang memperkasakan industri media di Malaysia.

Penggubalan Akta MMM 2025 [Akta 868] merupakan komitmen Kerajaan MADANI melalui Kementerian Komunikasi (KK) bagi menjamin kebebasan media dalam memastikan masyarakat umum mendapat maklumat yang sahih, berintegriti dan adil.

Melalui penubuhan MMM, ruang semak dan imbang boleh dilaksanakan oleh pemain industri media sendiri bagi meningkatkan amalan integriti dan pematuhan etika.

Antara fungsi-fungsi MMM seperti yang diperuntukkan di bawah perenggan 5 (1) Akta 868 termasuklah:

1) Untuk menetapkan standard dan mengadakan tatalaku bagi pengamal media dan pengamal media bebas mengikut standard kewartawanan
yang beretika dan bertanggungjawab;

2) Untuk menggalakkan standard kewartawanan yang beretika dan bertanggungjawab yang tertinggi, kebebasan media dan hak pengamal media;

3) Untuk mengawal selia etika dan tatalaku profesional pengamal media
dan pengamal media bebas;

4) Untuk menggalakkan komunikasi antara pengamal media, Kerajaan dan orang awam; dan

5) Untuk mencadangkan apa-apa pembaharuan undang-undang yang berhubungan dengan kebebasan media.

Pelantikan ini juga menandakan permulaan rasmi kepada proses penubuhan MMM yang bakal berperanan sebagai institusi bebas yang menyokong industri media yang bertanggungjawab dan beretika, selaras dengan semangat Malaysia Madani dan prinsip demokrasi berparlimen.

Senarai 12 Anggota Pengasas MMM:

1) Puan Wong Yang Yong
Pengarah Urusan
The Borneo Post & Utusan Borneo

2) Datuk Sardathisa a/l G.M. James
Ketua Pengarang
Daily Express Sabah

3) Encik Premesh Chandran a/l Jeyachandran
Pengarah Malaysiakini

4) Encik Ashwad bin Ismail
Ketua Pengarang ASTRO Awani

5) Puan Teh Athira binti Mohamed Yusof
General Secretary
National Union of Journalists Malaysia

6) Encik Ronnie Teo Teck Wei
Presiden Kuching Division Journalists Association

7) Encik Mohd Radzi bin Abdul Razak
Pengarah Gerakan Media Merdeka (GERAMM)

8) Encik Muthameez Manan a/l Sendinathan
Presiden Tamil Media Association

9) Encik Mohd Azmyl bin Md Yusof
Pensyarah Kanan Sunway University

10) Puan Gayathry a/p S. Venkiteswaran
Assistant Proffesor University of Nottingham Malaysia

11) Puan Celine Lim Kooi Hua
Pengarah Urusan SAVE Rivers

12) Encik Terence Ooi Guan Tseng
Pengarah Wiki Impact

Berita berkaitan
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
5 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
7 jam lalu· Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
7 jam lalu· Isu semasa
Judi, scam: Facebook paling banyak diminta turunkan kandungan
August 18, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
4 jam lalu · Isu semasa
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
9 jam lalu · Isu semasa
Bekas CEO bank hadap pertuduhan tipu pelaburan RM139.8 juta
9 jam lalu · Isu semasa
Tiga maut dilanggar lori imigresen terbabas: Polis tahan dua pemandu
9 jam lalu · Isu semasa
DUN Negeri Sembilan lulus belanjawan tambahan RM40.35 juta
August 18, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok