Fahmi Fadzil menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada bekas Ketua Pengarang Melaka Hari Ini, Ishak Mohamed Salleh.
Kerajaan sedang mengusahakan beberapa langkah bagi membantu syarikat media terus bertahan dalam landskap digital yang semakin mencabar, kata Fahmi Fadzil.
Menurut Menteri Komunikasi tersebut, antara usaha yang sedang dilaksanakan ialah kerjasama dengan Google menerusi Projek Sigma bagi meneroka pendekatan baharu dalam penyampaian berita khusus untuk generasi muda.
“Realitinya hari ini, generasi baharu mungkin tidak lagi membaca surat khabar atau menonton televisyen pada waktu tertentu. Mereka menerima maklumat pada bila-bila masa dan dalam pelbagai bentuk,” katanya selepas menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada bekas Ketua Pengarang Melaka Hari Ini, Ishak Mohamed Salleh, di Taman Bukit Cheng.
Fahmi berkata cabaran terbesar industri media ketika ini ialah aspek penjanaan pendapatan apabila perubahan tabiat pengguna menyebabkan model perniagaan tradisional semakin terjejas.
“Cabaran paling besar ialah bagaimana syarikat media boleh menjana pendapatan. Kita perlu cari model perniagaan yang mampu memberi pulangan supaya sektor pekerjaan ini terus terjamin,” katanya.
Beliau menegaskan kerajaan bukan sahaja mendengar pandangan daripada pengamal media, malah bersedia membantu proses peralihan industri ke arah platform digital agar peranan wartawan sebagai penyampai maklumat terus relevan.
Industri media tempatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini berdepan tekanan susulan perubahan teknologi dan dominasi platform digital global yang mengubah corak penggunaan berita.
Keadaan itu turut memberi kesan kepada pendapatan pengiklanan media tradisional termasuk akhbar dan televisyen.
Dalam perkembangan sama, Fahmi berkata isu berkaitan kelangsungan operasi syarikat media dijangka menjadi antara fokus perbincangan sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) tidak lama lagi.
Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi, Nik Kamaruzaman Nik Husin dan Ketua Pengarang Bernama, Arul Rajoo Durar Raj.
Polis siasat wanita didakwa kasari dua kanak-kanak di pusat beli-belah: Bernama
RM259.5 juta tunggakan projek luar bandar perlu dilunaskan: Zahid
Dana kerajaan mesti sampai kepada rakyat, bukan bocor: PMX
25 aduan petrol bercampur air di Perak: KPDN
Sultan Selangor gering, istiadat 1 November ditunda
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum