Tokoh kewangan dan rakan kongsi didakwa pecah amanah RM10.55 juta

May 11, 2026 · Isu semasa

Tokoh kewangan Islam negara, Dr Mohd Daud Bakar, bersama rakan kongsi perniagaannya, Norliza Tajudin, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tujuh pertuduhan pecah amanah membabitkan dana berjumlah RM10.55 juta.

Kedua-dua tertuduh masing-masing berusia 62 dan 54 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

“Faham, minta dibicarakan,” kata mereka di mahkamah.

Mohd Daud sebelum ini dikenali sebagai bekas Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia serta antara individu berpengaruh dalam pembangunan industri kewangan Islam negara dan antarabangsa.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa sebagai pengarah dan pemegang saham Energy Eco Sdn Bhd yang diamanahkan menguruskan dana milik beberapa individu, koperasi dan syarikat untuk tujuan pelaburan serta pembangunan perniagaan syarikat.

Antara pihak yang terbabit ialah Moideen Kunjayu membabitkan RM600,000, Koperasi Perumahan Sentul Pasar Kuala Lumpur Berhad sebanyak RM1.95 juta, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mashitah Ibrahim sebanyak RM2 juta serta Myad Kapital Sdn Bhd berjumlah RM6 juta.

Pendakwaan mendakwa wang berkenaan digunakan secara tidak jujur dan melanggar syarat dalam Perjanjian Pendahuluan Pemegang Saham (SAA) yang dimeterai antara syarikat dan pelabur dari Jun 2021 hingga Mei 2024.

Menurut dokumen pertuduhan, dana itu sepatutnya digunakan “semata-mata dan secara eksklusif bagi pembiayaan pembinaan serta pengembangan kapasiti pengeluaran perniagaan pembuatan sarung tangan dan selaras pematuhan syariah”.

Kesalahan didakwa dilakukan di beberapa institusi perbankan termasuk Maybank Islamic Berhad cawangan Taman Setiawangsa dan RHB Islamic Bank Berhad cawangan Bangsar Shopping Centre.

Jika sabit kesalahan, kedua-dua tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun, sebatan dan denda.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh lain untuk sebutan semula kes dan pelantikan peguam.

Berita berkaitan
PRN Melaka: SPRM buka bilik gerakan 24 jam, orang ramai boleh buat aduan
October 30, 2026· Isu semasa
MCMC menang tuntutan RM15.32 juta terhadap MajuBina
October 30, 2026· Isu semasa
Rosmah gagal penuhi syarat, Global Royalty teruskan tuntutan RM67.5 juta: Laporan
October 29, 2026· Politik
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
October 28, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Polis siasat wanita didakwa kasari dua kanak-kanak di pusat beli-belah: Bernama
6 jam lalu · Isu semasa
Isu curi kandungan, Fahmi minta buat laporan kepada Majlis Media
6 jam lalu · Isu semasa
RM259.5 juta tunggakan projek luar bandar perlu dilunaskan: Zahid
13 jam lalu · Isu semasa
Dana kerajaan mesti sampai kepada rakyat, bukan bocor: PMX
13 jam lalu · Isu semasa
25 aduan petrol bercampur air di Perak: KPDN
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
16 jam lalu
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok