Fahmi mahu literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak

May 12, 2026 · Isu semasa

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mahu usaha memperkukuh keselamatan internet dan literasi digital dipertingkat susulan peningkatan kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak yang dikaitkan dengan platform dalam talian.

Ketika berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi, beliau berkata pendedahan Polis Diraja Malaysia menerusi operasi Cyber Guardian baru-baru ini sepatutnya menjadi “amaran besar” kepada masyarakat mengenai ancaman pemangsa seksual dalam talian.

Menurutnya, seramai 117 individu ditahan menerusi tiga operasi utama iaitu Op Pedo 1 pada penghujung 2024, Op Pedo 2 pada pertengahan tahun lalu dan operasi Cyber Guardian.

“Mereka ini adalah penjenayah seksual yang memangsakan kanak-kanak. Jumlah bahan lucah dan video menjijikkan yang dirampas pula mencecah ratusan ribu fail,” katanya.

Beliau berkata perkembangan itu menunjukkan pemangsa seksual sentiasa mencari peluang untuk memperdaya mangsa, terutama apabila tahap keselamatan internet masih lemah dan kesedaran pengguna rendah.

Fahmi turut membangkitkan satu kes di Sabah yang menyaksikan seorang lelaki dipenjara 10 tahun dan dikenakan dua sebatan selepas didapati bersalah melakukan jenayah seksual terhadap remaja perempuan berusia 15 tahun yang dikenalinya melalui TikTok.

“Anak-anak hari ini sangat terdedah kepada internet. Mereka membesar dengan telefon pintar dan media sosial sebagai sebahagian kehidupan harian.

“Sebab itu kita bukan sahaja perlukan internet yang laju dan murah, tetapi internet yang lebih selamat terutama untuk kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata kementeriannya akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan bagi memperkukuh pendidikan literasi digital di sekolah, termasuk kemungkinan menjadikannya sebahagian daripada silibus asas atau aktiviti pembelajaran seperti Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).

Katanya, generasi muda khususnya Gen Z sangat mahir menggunakan teknologi, namun mereka juga perlu dilengkapkan dengan kesedaran mengenai risiko dalam talian supaya tidak menjadi mangsa pedofilia, buli siber dan penipuan internet.

“Saya percaya dengan kerjasama pelbagai pihak, usaha meningkatkan keselamatan digital dapat melindungi anak-anak kita dengan lebih baik,” katanya.

Berita berkaitan
PH pilih pendekatan politik khidmat di Melaka, bukan hanya bersuara lantang: Fahmi
6 jam lalu· Politik
Isu curi kandungan, Fahmi minta buat laporan kepada Majlis Media
6 jam lalu· Isu semasa
Fahmi mahu penerima dana media kekalkan pekerja, jangan berhentikan
October 31, 2026· Isu semasa
Isu aplikasi TuJu: Fahmi minta LLM tidak lepas tangan, ambil tanggungjawab
October 31, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Polis siasat wanita didakwa kasari dua kanak-kanak di pusat beli-belah: Bernama
6 jam lalu · Isu semasa
RM259.5 juta tunggakan projek luar bandar perlu dilunaskan: Zahid
13 jam lalu · Isu semasa
Dana kerajaan mesti sampai kepada rakyat, bukan bocor: PMX
13 jam lalu · Isu semasa
25 aduan petrol bercampur air di Perak: KPDN
15 jam lalu · Isu semasa
Sultan Selangor gering, istiadat 1 November ditunda
October 31, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
16 jam lalu
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok