Muhammad Sanusi Md Nor.
Pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah kekal berjalan lancar walaupun beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Bersatu dikenakan tindakan disiplin oleh parti itu baru-baru ini.
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerajaan negeri tidak melihat isu berkenaan sebagai sesuatu yang boleh menjejaskan kestabilan pentadbiran kerana proses rayuan masih berjalan mengikut saluran parti.
“Kedah ini kami relaks saja. Tak ada isu apa, tak ada masalah apa. Ini isu dalaman parti,” katanya selepas Mesyuarat Exco di Alor Setar pada Rabu.
Untuk rekod, Bersatu sebelum ini memecat ADUN Suka Menanti, Dzowahir Ab Ghani yang juga Exco Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan Kedah dan ADUN Sungai Tiang, Abdul Razak Khamis yang merupakan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.
Menurut beliau, setiap ADUN yang dikenakan tindakan diberikan tempoh 14 hari untuk mengemukakan rayuan dan kerajaan negeri memilih untuk menghormati proses tersebut sebelum membuat sebarang keputusan lanjut.
“Saya difahamkan mereka sudah buat rayuan. Jadi kita tunggulah proses itu selesai mengikut prosedur parti masing-masing,” katanya.
Beliau turut menjelaskan sebarang tindakan tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa kerana keputusan akhir masih bergantung kepada Lembaga Rayuan parti.
“Tak bolehlah saya buat keputusan tergesa-gesa. Kalau tiba-tiba Lembaga Rayuan tarik balik keputusan itu, rugi pula,” katanya.
Isu disiplin melibatkan beberapa ADUN Bersatu itu tercetus ketika landskap politik negara terus menyaksikan ketegangan dalam kalangan parti komponen Perikatan Nasional selepas Pilihan Raya Umum ke-15.
Sanusi berkata, beliau juga telah menghadap Sultan Kedah bagi mendapatkan pandangan dan nasihat demi memastikan keharmonian politik serta kestabilan negeri terus terpelihara.
“Saya juga sudah menghadap dan berbincang dengan Tuanku Sultan Kedah untuk mendapatkan pandangan serta nasihat demi menjaga keharmonian negeri ini,” katanya.
Beliau bagaimanapun tidak dapat memastikan tempoh sebenar proses rayuan itu akan selesai kerana ia tertakluk kepada pertimbangan pihak parti.
Rafizi, Nik Nazmi umum langkah politik baharu Ahad ini, tinggalkan PKR?
Isu hina sahabat Nabi, Menteri Agama nasihat ahli politik berhati-hati dalam ceramah
Permohonan pengampunan Jho Low di Amerika akan diteliti kerajaan
Kabinet kecam kenyataan Nik Zawawi hina sahabat Nabi: Fahmi
PRN, PRU serentak lebih jimat wang rakyat: AMK Johor
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil