Aminolhuda Hassan.
Pakatan Harapan (PH) Johor yakin mampu mencipta kemenangan besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang dengan menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) buat kali kedua selepas kejayaan bersejarah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 2018.
Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan berkata keyakinan itu semakin kuat selepas Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi mengumumkan BN akan bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus menutup ruang kerjasama politik antara BN dan PH di negeri itu.
Menurut beliau, Johor yang sekian lama dianggap kubu kuat UMNO pernah menyaksikan kejatuhan parti itu pada 2018 dan perkara sama tidak mustahil berulang.
“Johor ialah tempat lahir UMNO. Pernah satu ketika dulu kita kuburkan mereka di bumi sendiri. Insya-Allah dalam pilihan raya kali ini, kita akan kebumikan kembali untuk kali kedua,” katanya ketika berucap pada Konvensyen PH Kebangsaan di Johor.
Hubungan antara PH dan BN Johor dilihat semakin tegang sejak kebelakangan ini walaupun kedua-duanya membentuk kerajaan perpaduan di peringkat pusat.
Pengumuman BN Johor untuk bergerak solo dalam PRN dianggap sebagai isyarat jelas bahawa tiada kerjasama akan diteruskan di negeri berkenaan.
Aminolhuda berkata PH Johor juga bersedia bertanding di semua 56 kerusi DUN dan tidak akan berundur selepas BN membuat pendirian mereka.
“Mereka sudah beri kata putus dan buka laluan, jadi kami tidak akan berundur,” katanya lagi.
Beliau turut mendakwa BN Johor masih dibayangi trauma kekalahan pada 2018 sehingga enggan melaksanakan persempadanan semula kawasan pilihan raya walaupun terdapat beberapa kawasan DUN yang kini mempunyai lebih 100,000 pengundi, terutama di kawasan bandar yang cenderung menyokong PH.
Untuk rekod, Johor kali terakhir mengadakan PRN pada Mac 2022 yang menyaksikan BN kembali menguasai negeri itu selepas tumbangnya kerajaan PH akibat pergolakan politik pasca “Langkah Sheraton”.
Dalam pada itu, Pengerusi PH Negeri Sembilan, Aminuddin Harun mengingatkan ahli gabungan supaya tidak mengulangi perpecahan dalaman yang pernah menjatuhkan pentadbiran PH 1.0.
“Kapal yang besar dan kukuh juga boleh bocor kalau ditebuk dari dalam. Itu tanda pengkhianatan,” katanya.
Bersatu nafi bantah kemasukan Pejuang ke PN, bantah kemasukan PCM: Hilman
Tun Faisal dakwa Hamzah punca keretakan PN, PAS campur urusan dalaman Bersatu
Keputusan rayuan Guan Eng, isteri dan ahli perniagaan diketahui hari ini
Tiada arahan sekat Onn Hafiz masuk ke FELDA: Zahid
Kerajaan pusat dan negeri sepakat tangani cabaran ekonomi: Anwar
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar