Puad dakwa ada yang ‘tidak kena’ dalam senarai calon BN Johor

June 24, 2026 · Politik

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Mohd Puad Zarkashi memberi bayangan akan membuat satu pengumuman penting pada 27 Jun ini selepas mendakwa terdapat beberapa perkara yang “tidak kena” dalam senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026.

Beliau meluahkan kebimbangan terhadap perkembangan terkini dalam UMNO Johor selepas meneliti senarai calon yang dijangka diumumkan oleh kepimpinan BN pada hari sama.

“Hari ini BN Johor akan umum senarai calon yang akan bertanding di PRN Johor 2026. Melihat senarai calon tersebut ada yang tidak kena kepada UMNO Johor.

“Justeru saya akan membuat pengumuman penting pada 27 Jun 2026. Perkembangan terkini UMNO Johor merisaukan. Saya tidak akan menoleh belakang walaupun saya hanya insan kerdil,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Kenyataan itu segera mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan pemerhati politik mengenai bentuk pengumuman yang bakal dibuat oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu, terutama ketika parti sedang membuat persiapan menghadapi PRN Johor.

Enam hari lalu, Mohd Puad mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi DUN Rengit yang disandangnya sejak PRN Johor 2022.

Ketika itu, beliau menjelaskan keputusan berkenaan dibuat atas faktor usia selain memberi laluan kepada pemimpin muda yang dianggap lebih terlatih dan berpendidikan untuk meneruskan perjuangan parti.

Bagaimanapun, beliau memberi isyarat hasratnya untuk melihat lebih ramai muka baharu diketengahkan tidak mendapat perhatian sewajarnya.

“Saya menegaskan, orang muda terlatih dan berpendidikan semestinya diberi peluang. Tetapi tidak diindahkan. Saya melakukan ‘keberanian politik’ untuk meneruskan perjuangan,” katanya lagi.

PRN Johor kali ini dianggap antara pilihan raya negeri paling penting menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16), dengan tumpuan diberikan kepada strategi BN mempertahankan penguasaan di negeri itu.

Johor merupakan kubu tradisi UMNO dan BN, namun landskap politik yang semakin kompetitif menyaksikan parti-parti lain turut berusaha memperkukuh kedudukan masing-masing.

BN dijadual mengumumkan senarai penuh calon yang akan bertanding pada PRN Johor 2026 di Pejabat UMNO Johor pada jam 2.30 petang Rabu.

Berita berkaitan
Parti Rafizi terlalu taksub kritik kerajaan, tiada formula bantu rakyat: AMK
June 24, 2026· Politik
Bukankah FELDA diurus Pengerusi dan Menteri UMNO? DAPSY persoal dakwaan MB Johor
June 24, 2026· Politik
Tiada arahan sekat Onn Hafiz masuk ke FELDA: Zahid
3 jam lalu· Politik
Maszlee sedia berdebat, adakah Onn Hafiz akan sahut?
14 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Tun Faisal dakwa Hamzah punca keretakan PN, PAS campur urusan dalaman Bersatu
June 24, 2026 · Politik
Keputusan rayuan Guan Eng, isteri dan ahli perniagaan diketahui hari ini
3 jam lalu · Politik
Kerajaan pusat dan negeri sepakat tangani cabaran ekonomi: Anwar
14 jam lalu · Politik
Bersatu persoal keabsahan Mesyuarat Tertinggi PN, langgar kehendak RoS
14 jam lalu · Politik
Kecoh kenyataan awal dipadam, pengguna FB kantoikan tangkap layar akaun Samsuri
21 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok