Keputusan kes rasuah Zizie Izette diketahui Julai ini

May 18, 2026 · Isu semasa

Nasib pelakon dan usahawan, Zizie Izette Abdul Samad sama ada dibebaskan atau disabitkan dalam kes rasuah berkaitan pelaburan RM150 juta unit amanah Public Mutual akan diputuskan Mahkamah Sesyen pada 20 Julai ini.

Hakim Rosli Ahmad menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan pembelaan dan pendakwaan dalam prosiding yang berlangsung hari ini.

Zizie, 48, didakwa bersubahat dengan suaminya, Allahyarham Bung Moktar Radin menerima rasuah berjumlah RM2.8 juta bagi mendapatkan kelulusan pelaburan dana milik Felcra dalam Public Mutual.

Sekiranya mahkamah mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, beliau akan dilepaskan daripada semua pertuduhan.

Namun, jika disabitkan kesalahan, Zizie boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 bagi setiap pertuduhan.

Peguam bela diketuai M Athimulan memulakan hujahan pihak pembelaan sebelum disusuli jawapan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya, Law Chin How dan Mohamad Fadhly Mohd Zamry.

Mahkamah turut mengarahkan kedua-dua pihak memfailkan hujahan tambahan berhubung isu konspirasi sebelum keputusan akhir dibuat.

“Mahkamah menetapkan 20 Julai untuk keputusan di akhir pembelaan,” kata Rosli ketika prosiding.

Kes berprofil tinggi itu mula mendapat perhatian sejak beberapa tahun lalu kerana melibatkan pelaburan besar Felcra dalam skim unit amanah.

Pendakwaan mendakwa wang rasuah itu diterima sebagai dorongan untuk mendapatkan kelulusan pelaburan, namun pihak pembelaan menafikan dakwaan berkenaan dan menyifatkan pertuduhan itu tidak berasas.

Pada 5 Mac lalu, pihak pembelaan menutup kes selepas memanggil dua saksi termasuk Bung Moktar yang mula memberi keterangan membela diri pada September tahun lalu.

Berita berkaitan
SPRM teliti dakwaan penyelewengan projek naik taraf Stadium Bukit Jalil
May 29, 2026· Isu semasa
Najib fail bukti baharu dalam rayuan kes 1MDB
May 29, 2026· Isu semasa
Pelajar di Melaka ditahan kes vape mushroom libatkan remaja perempuan
May 29, 2026· Isu semasa
Azam baki pertimbang saman fitnah terhadap Albert Tei
May 27, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan cadang wajibkan pengiklan dalam media sosial sahkan identiti, elak scam
4 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan kaji semula perbelanjaan susulan krisis global: Akmal Nasrullah
9 jam lalu · Isu semasa
Anwar ajak rakyat tolak kebencian sempena Hari Wesak
9 jam lalu · Isu semasa
Anwar umum kenaikkan Geran Interim kepada Sabah RM1.5 Bilion
May 30, 2026 · Isu semasa
Amanah Selangor bidas Liu berhubung isu ladang babi
May 30, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok