Nik Muhammad Zawawi Salleh.
Polis sudah merekodkan sebanyak 65 keterangan termasuk daripada Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh, berhubung kenyataan kontroversi yang didakwa menghina sahabat Nabi Muhammad SAW.
Ketua Polis Kelantan, Mohd Yusoff Mamat berkata setakat ini sebanyak 63 laporan polis diterima dari seluruh negara berkaitan isu berkenaan, termasuk di Kelantan.
Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 298 Kanun Keseksaan.
“Setakat ini, 65 individu sudah dirakam percakapan termasuk pengadu dan Nik Zawawi sendiri. Semua pihak memberi kerjasama yang baik kepada polis,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di Kota Bharu hari ini.
Beliau berkata, polis juga perlu mendapatkan pandangan serta rujukan daripada pakar agama bagi meneliti konteks kenyataan yang diperkatakan.
Ketika ditanya sama ada Nik Muhammad Zawawi akan dipanggil semula untuk membantu siasatan, Mohd Yusoff berkata perkara itu masih bergantung kepada perkembangan siasatan semasa.
Kontroversi itu tercetus selepas tular rakaman ceramah politik di Kuala Terengganu pada 10 Mei lalu yang dikaitkan dengan kenyataan menyentuh beberapa sahabat Nabi menggunakan istilah sensitif sehingga mengundang kecaman ramai.
Susulan itu, Nik Muhammad Zawawi tampil memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan tersebut. Beliau mengakui kurang cermat ketika menyampaikan ceramah sehingga menimbulkan salah faham serta menyinggung perasaan pelbagai pihak.
“Saya mengakui kelemahan dalam penyampaian dan memohon maaf kepada semua pihak yang terguris dengan kenyataan itu,” katanya dalam kenyataan sebelum ini.
Pada Jumaat lalu, beliau hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu bagi memberi keterangan kepada pihak polis berhubung kes berkenaan.
AMK desak Rafizi jelaskan dakwaan dana RM8.6 juta ambil alih Parti Bersama
PKR susun semula jentera pilihan raya, Amiruddin dilantik pengarah bersama
Tukar MB Perlis tak perlu undi tak percaya, luar dewan pun boleh buat: Sanusi
PKR Shah Alam dakwa hanya tiga AJK keluar parti, masih utuh
21 pemimpin cabang PKR Shah Alam umum keluar parti
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi