Keputusan kes rasuah ratusan juta Jabatan Air Sabah pada 2016 akan diumum esok

May 18, 2026 · Isu semasa

Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu dijangka membuat keputusan esok terhadap kes pengubahan wang haram membabitkan bekas pegawai kanan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), hampir 10 tahun selepas skandal itu menggemparkan negara.

Kes berprofil tinggi itu mula mencuri perhatian pada 2016 apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menemui wang tunai dan barangan berharga bernilai jutaan ringgit dalam beberapa serbuan di Sabah.

Ketika itu, gambar timbunan wang tunai yang memenuhi bilik dan bertaburan di lantai menjadi tular serta dianggap antara skandal rasuah terbesar pernah didedahkan di negeri tersebut.

Bekas Pengarah JANS, Ag Mohd Tahir Mohd Talib, isterinya Fauziah Piut dan bekas Timbalan Pengarah JANS, Lim Lam Beng masing-masing didakwa pada 28 Disember 2016 atas pelbagai pertuduhan pengubahan wang haram.

Ketiga-tiga mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Ag Mohd Tahir berdepan 12 pertuduhan, manakala Fauziah menghadapi 21 pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram.

Lam Beng pula didakwa atas empat pertuduhan memiliki wang tunai dan aset yang dipercayai hasil aktiviti haram.

Mengikut pertuduhan, kesalahan itu didakwa dilakukan di beberapa lokasi termasuk pejabat JANS, kondominium di Sembulan dan Sulaman, beberapa cawangan bank di Kota Kinabalu serta sebuah menara di Kuala Lumpur antara Oktober hingga November 2016.

Perbicaraan yang bermula pada Mei 2018 menyaksikan pihak pendakwaan memanggil 46 saksi, manakala pihak pembelaan memanggil 15 saksi termasuk beberapa tokoh politik Sabah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Jumaat bersama Haresh Prakash Somiah dan Zander Lim.

Sementara itu, bekas Timbalan Pengarah JANS, Teo Chee Kong yang sebelum ini turut didakwa atas 146 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM32.9 juta, dilepas dan dibebaskan mahkamah pada 2022 sebelum tampil sebagai saksi pendakwaan.

SPRM kemudian mengenakan kompaun RM30 juta terhadapnya.

“Kes ini menjadi simbol kepada usaha memerangi rasuah berskala besar di Sabah dan keputusan mahkamah esok pastinya mendapat perhatian ramai,” menurut sumber perundangan.

Berita berkaitan
Kes suapan konsesi Menara KL ribu dipindah ke Mahkamah Tinggi
May 26, 2026· Isu semasa
Jamal mohon maaf kepada Khairy, kes fitnah selesai secara baik
May 22, 2026· Politik
AGC bantah semakan kehakiman kes Zahid yang dimohon Badan Peguam
May 21, 2026· Politik
Pendakwa raya rayu pembebasan anak bekas MB Perlis
May 20, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
BDR penjawat awam berjaya jimat lebih RM4 juta subsidi petrol
May 26, 2026 · Isu semasa
Pelaksanaan pasport baharu ditunda: JIM
May 26, 2026 · Isu semasa
Kerajaan teruskan bantuan BUDI Agri-Komoditi: Anwar
21 jam lalu · Isu semasa
Bekalan minyak negara stabil hingga Julai: Akmal Nasrullah
21 jam lalu · Isu semasa
JAWI kekalkan status sesat bagi ajaran Ahmadiah, Qadiani
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok