16 aktivis GSF 2.0 mungkin ditahan dalam penjara atas kapal regim: Sany Araby

May 18, 2026 · Isu semasa

Peserta misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 yang ditahan tentera Israel di perairan antarabangsa berhampiran Cyprus dipercayai akan ditempatkan di penjara atas kapal sebelum dibebaskan dalam tempoh beberapa hari.

Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Sani Araby Abdul Alim berkata pendekatan itu berbeza berbanding misi terdahulu apabila aktivis yang ditahan dibawa ke darat sebelum dilepaskan dalam tempoh 24 jam.

Menurutnya, Israel dipercayai mengubah kaedah tahanan bagi mengelakkan tekanan antarabangsa yang semakin memuncak terhadap tindakan mereka terhadap misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

“Dulu mereka tahan di darat dan lepaskan dalam masa 24 jam untuk tunjuk kononnya mereka ikut undang-undang. Kali ini mereka ubah taktik dengan menempatkan peserta di atas kapal,” katanya pada sidang media khas di SNCC.

Beliau berkata peserta mungkin ditahan selama dua hari di atas kapal, namun memberi amaran tindakan menahan lebih lama hanya akan mengundang kecaman dunia.

“Lagi lama mereka tahan, lagi besar kemarahan masyarakat antarabangsa terhadap Israel,” katanya.

Terdahulu, seramai 16 rakyat Malaysia yang menyertai flotila kemanusiaan itu dilaporkan ditahan bersama aktivis antarabangsa lain selepas kapal mereka dipintas tentera laut Israel.

GSF 2.0 merupakan kesinambungan gerakan flotila antarabangsa yang membawa bantuan kemanusiaan serta mesej solidariti kepada rakyat Palestin di Gaza yang terus berdepan sekatan dan serangan berpanjangan sejak konflik tercetus pada Oktober 2023.

Menurut SNCC, sehingga jam 8 malam waktu Malaysia, sebanyak 18 kapal membabitkan hampir 150 aktivis kemanusiaan telah dipintas di perairan antarabangsa berhampiran Cyprus.

Antara kapal yang ditahan ialah Cactus, Amanda, Bianca ITA, Gotico, Themis, Josef dan Isobella yang turut membawa peserta dari Malaysia.

Insiden itu sekali lagi mencetuskan kebimbangan masyarakat antarabangsa terhadap keselamatan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza, terutama apabila operasi dilakukan di luar perairan Israel.

Berita berkaitan
Parlimen: RUU tahanan di rumah hampir siap diteliti KDN, AGC
October 28, 2026· Isu semasa
Pengguna Waze dedah paparan data yang disimpan, cetus persoalan privasi
October 25, 2026· Isu semasa
Anwar: Waze mungkin diharamkan demi keselamatan negara
October 23, 2026· Isu semasa
Kerajaan terus buru aset 1MDB walaupun Najib diampunkan
October 23, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
PMX arah isu e-dagang ditangani segera
7 jam lalu · Isu semasa
Dana Inovasi Media 2.0 diteruskan, lima skop pembiayaan ditawar: Fahmi
9 jam lalu · Isu semasa
PRN Melaka: SPRM buka bilik gerakan 24 jam, orang ramai boleh buat aduan
9 jam lalu · Isu semasa
MAPIM gesa tindakan tegas terhadap kempen kebencian susulan serangan di Kulai
9 jam lalu · Isu semasa
MCMC menang tuntutan RM15.32 juta terhadap MajuBina
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok