Kes rasuah Sabah.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah bersama seorang ahli perniagaan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu pada 30 Jun ini.
Ketiga-tiga mereka mempunyai kaitan dalam skandal rasuah berkaitan lesen cari gali mineral di negeri itu.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, keputusan untuk mendakwa ketiga-tiga individu itu dibuat selepas siasatan lengkap dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya.
“Seperti mana semua sedia maklum pada 30 Jun 2025 ini, tarikh di Mahkamah Rasuah Kota kinabalu, dua orang ADUN akan dituduh dan seorang ahli perniagaan seorang ahli perniagaan yang bernama Albert Tei.
“Mereka akan dituduh bersama di bawah Seksyen 16A dan 16B Akta SPRM. Kita tunggu prosiding pada tarikh tersebut.
“Setakat ini Timbalan Pendakwa Raya bersetuju untuk menuduh ketiga-tiga mereka dan ia bergantung kepada keputusan beliau,” katanya dalam sidang media di Iibu pejabat SPRM hari ini.
Ditanya mengenai jika ada tangkapan baharu dalam masa terdekat, Azam bagaimanapun tidak boleh mendedahkan perkara tersebut.
Pada Isnin lalu, seorang lagi ADUN yang juga Pembantu Menteri ditahan SPRM Sabah selepas disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah kira-kira RM150,000 berkaitan pengeluaran lesen cari gali di negeri ini.
Suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah kira-kira jam 9.30 pagi Isnin.
Azam mengesahkan tangkapan itu dan memaklumkan bahawa kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
Mahkamah kekal keputusan, Ketua Menteri P. Pinang menang kes saman fitnah
Aziz Bari gesa UMNO, PAS henti pertikai RCI Tabung Haji
Peja: Bersatu tak mampu bergerak solo di Melaka
Dedah semua, jangan pilih-pilih laporan RCI TH demi kepentingan politik: AMK
Jangan ulang RCI hanya kerana tak suka keputusan: Mahfuz
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri