Pendakwah terkenal didakwa seleweng dana NGO RM13 juta

August 26, 2026 · Isu semasa

Seorang pendakwah bebas yang juga pempengaruh agama terkenal tiba di Mahkamah Sesyen Seremban pagi ini bagi berdepan pertuduhan berkaitan penyelewengan dana sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bernilai hampir RM13 juta.

Pendakwah berusia 30-an yang juga pengerusi NGO terbabit tiba sekitar jam 8.30 pagi bersama peguamnya.

Turut hadir seorang wanita yang juga setiausaha NGO berkenaan bagi berdepan pertuduhan berkaitan kes sama.

Kedua-dua mereka sebelum ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dana pertubuhan.

Siasatan dijalankan susulan dakwaan sejumlah wang milik NGO berkenaan dipindahkan ke akaun bank milik pendakwah terbabit serta lapan akaun syarikat yang dikaitkan dengannya.

Sumber sebelum ini memaklumkan siasatan turut menumpukan kepada aliran dana serta kemungkinan berlaku salah guna kuasa dalam pengurusan kewangan NGO itu.

Kes berkenaan mendapat perhatian selepas individu terbabit, yang mempunyai pengikut ramai di media sosial terutama TikTok, disiasat berhubung pengurusan dana pertubuhan.

Menurut sumber, SPRM turut meneliti peranan beberapa individu lain dalam pengurusan NGO berkenaan bagi menentukan sama ada wujud unsur bersubahat dalam transaksi kewangan yang disiasat.

Pertuduhan terhadap kedua-dua individu itu akan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Seremban hari ini.

Prosiding itu dijangka memberi gambaran lebih jelas mengenai dakwaan penyelewengan dana berjumlah hampir RM13 juta serta transaksi kewangan yang menjadi fokus siasatan SPRM.

Kedua-dua individu terbabit bagaimanapun masih dianggap tidak bersalah sehingga mahkamah memutuskan sebaliknya.

Berita berkaitan
Lima tahun dibicarakan, pendakwaan tutup kes terowong Guan Eng
13 jam lalu· Politik
NGO desak SPRM, AG jelaskan status siasatan RM1.1 bilion libat Rafizi
22 jam lalu· Politik
Kes Jalur Gemilang: Representasi Akmal ditolak, mahu kemuka permohonan kedua
October 26, 2026· Politik
Kes scam: Tawaran komisen RM1,200, wanita rugi RM72,467
October 24, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk
13 jam lalu · Isu semasa
PTPTN perinci penangguhan bayaran balik, umum tidak lama lagi
19 jam lalu · Isu semasa
Anwar: Ahli politik dilarang campur tangan pelaburan GLIC
22 jam lalu · Isu semasa
MCA tak puas hati: BN wajar pertimbang pilihan solo, elak terikat rundingan kerusi
October 26, 2026 · Isu semasa
KPKT batalkan 28,401 lesen, warga asing berniaga haram diburu
October 26, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok