Aminuddin Harun.
Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun malam ini mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan bermula esok dan akan memberi laluan kepada satu lagi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan diadakan selepas Johor.
Terdahulu, satu notis diedarkan kepada pengamal media untuk diminta hadir ke Kediaman Rasmi Menteri Besar pada pukul 11 malam untuk mengikuti pengumuman berkenaan.
Semasa sidang media, Aminuddin memaklumkan sudah mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir selepas sesi menghadap pada 8.30 malam tadi untuk membubarkan DUN.
‘Tuanku telah berkenan untuk membubarkan bermula pada esok 5 Jun, hari Jumaat… Sekian, terima kasih.
“Saya telah mengikut peraturan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri,” katanya semasa sidang media malam tadi.
Aminuddin juga berkata notis akan dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung pemakluman pembubaran DUN Negeri Sembilan bagi memberi laluan PRN diadakan.
Mengikut peruntukan sedia ada, DUN Negeri Sembilan sepatutnya akan terbubar secara automatik sekiranya persidangan tidak diadakan sebelum 10 Jun.
Negeri Sembilan merupakan antara enam negeri yang dijangka mengadakan pilihan raya negeri tahun ini susulan tamatnya penggal pentadbiran kerajaan negeri masing-masing.
Krisis politik Negeri Sembilan tercetus apabila UMNO negeri menyatakan hilang kepercayaan terhadap Aminuddin susulan kontroversi yang dikaitkan dengan pengurusan isu melibatkan institusi adat negeri.
Beberapa pemimpin UMNO berpendapat kepimpinan Aminuddin telah menjejaskan keyakinan terhadap pentadbiran negeri, manakala pihak Pakatan Harapan (PH) mempertahankan kedudukannya.
Kemelut tersebut akhirnya ditangani melalui campur tangan pimpinan pusat Kerajaan Perpaduan yang mengekalkan kerjasama PH-Barisan Nasional (BN) serta memastikan Aminuddin terus memegang jawatan Menteri Besar demi kestabilan politik negeri.
Rayuan Muhyiddin dalam kes fitnah Guan Eng didengar 18 Jun
Islam bukan milik mana-mana parti, Mahfuz bidas pemikiran sempit PAS
MCA Johor nafikan senarai calon PRN tular
Kerajaan Perlis kekal bersama PN, fokus tamatkan penggal pentadbiran: Abu Bakar
Annuar Musa cadang formula bahagi kerusi UMNO-PAS, bermula di Johor
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi