KJ mohon mahkamah dedah siapa di sebalik artikel fitnah

August 26, 2026 · Isu semasa

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memohon perintah mahkamah supaya MYNIC Bhd mendedahkan identiti pemilik domain focusmalaysia.my serta individu di sebalik artikel yang didakwa memfitnahnya.

Menurut laporan New Straits Times, Khairy memfailkan tindakan sivil itu bagi mendapatkan maklumat pemilik berdaftar domain terbabit, termasuk identiti pihak yang mengendalikan laman berkenaan.

Permohonan itu susulan penerbitan artikel bertajuk ‘10 Sebab Mengapa KJ Tidak Layak Menjadi Perdana Menteri, Rakyat Malaysia Perlu Meneliti Rekod Masa Lalunya Dengan Teliti’ pada 10 Mac lalu.

Artikel itu ditulis oleh individu menggunakan nama samaran ‘pemerhati rasuah’.

Khairy berkata identiti penulis terbabit tidak diketahui dan sukar dikenal pasti tanpa campur tangan mahkamah.

Beliau melalui peguamnya turut menghantar surat tuntutan kepada Focus Malaysia Sdn Bhd pada 13 Mac lalu. Namun, syarikat itu menafikan pemilikan terhadap laman web berkenaan dengan alasan sudah melupuskan keseluruhan perniagaannya sekitar 2018.

Sehubungan itu, Khairy memohon dokumen berkaitan pendaftaran domain daripada MYNIC, termasuk tarikh asal pendaftaran, tarikh luput, identiti pendaftar bertauliah serta rekod sebarang perubahan pemilikan.

Dalam afidavit jawapan, MYNIC memaklumkan pihaknya mempunyai maklumat berkaitan pemilikan domain berkenaan dan tidak mempunyai halangan untuk mendedahkannya sekiranya diarahkan mahkamah.

MYNIC turut memaklumkan syarikat yang didaftarkan sebagai pemilik domain pada 10 Mac 2026, ketika artikel itu diterbitkan, masih kekal sebagai pemilik berdaftar.

Bagaimanapun, MYNIC membantah permohonan Khairy untuk mendapatkan surat-menyurat dan komunikasi antara pihak pendaftaran domain, pemilik berdaftar serta pendaftar bertauliah.

Menurut MYNIC, dokumen berkenaan tidak relevan atau tidak diperlukan bagi prosiding saman fitnah yang dicadangkan.

MYNIC turut menegaskan pihaknya adalah pihak ketiga yang tidak bersalah dan bukan defendan dalam saman fitnah yang difailkan Khairy.

Berita berkaitan
Dedah semua, jangan pilih-pilih laporan RCI TH demi kepentingan politik: AMK
August 26, 2026· Politik
RCI Tabung Haji ditubuh ketika UMNO berkuasa, kenapa dipersoal sekarang? – Mahfuz
19 jam lalu· Politik
Zahid sokong siasatan Tabung Haji selepas 2017
21 jam lalu· Isu semasa
PRN Melaka: Amirudin diberi amanah teliti kerjasama PH-BN
21 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Pendakwah terkenal didakwa seleweng dana NGO RM13 juta
1 jam lalu · Isu semasa
Kes scam: Ingat arahan bos, kerani pindah RM452,000
1 jam lalu · Isu semasa
Jerebu makin meluas, 29 kawasan catat IPU tidak sihat
19 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi lemah 3.1 gegar perairan Batu Pahat
19 jam lalu · Isu semasa
Syed Azman Tokoh Perdana Maulidur Rasul, Anwar ucap tahniah kepada semua penerima
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok