Fahmi nafi gambar tular Jemaah Menteri petanda Parlimen akan dibubar

3 jam lalu · Isu semasa

Kerajaan menafikan dakwaan sesi fotografi rasmi Jemaah Menteri bersama Perdana Menteri Anwar Ibrahim, yang tular di media sosial pada Jumaat mempunyai kaitan dengan kemungkinan pembubaran Parlimen pada masa terdekat.

Jurucakap Kerajaan Fahmi Fadzil berkata, sesi bergambar tersebut diadakan semata-mata bagi melengkapkan dokumentasi rasmi kerajaan selepas beberapa anggota baharu dilantik ke dalam Jemaah Menteri susulan rombakan Kabinet pada Disember tahun lalu.

Menurut beliau, sehingga kini belum ada kesempatan untuk mengambil gambar rasmi melibatkan keseluruhan barisan Kabinet yang telah disusun semula selepas rombakan tersebut.

“Perdana Menteri ada memaklumkan bahawa memang ada hasrat untuk mengambil gambar rasmi Jemaah Menteri kerana terdapat anggota baharu yang dilantik selepas rombakan Kabinet sebelum ini,” katanya pada sidang media mingguan pasca Mesyuarat Kabinet hari ini.

Beliau berkata sesi fotografi berkenaan merupakan amalan biasa yang pernah dilakukan sebelum ini dan tidak harus ditafsirkan sebagai petunjuk kepada pembubaran Parlimen.

“Sebelum ini juga pernah diadakan sesi bergambar rasmi dengan konfigurasi Jemaah Menteri yang terdahulu, jadi perkara ini adalah amalan biasa dan tidak mempunyai kaitan dengan pembubaran Parlimen,” katanya.

Spekulasi mengenai kemungkinan pilihan raya umum diadakan lebih awal tercetus selepas gambar Perdana Menteri bersama anggota Kabinet tersebar luas di media sosial.

Ada pihak yang mengaitkan sesi bergambar itu dengan amalan sesetengah pentadbiran terdahulu yang mengambil gambar rasmi sebelum pembubaran Parlimen.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata sesi tersebut turut memanfaatkan kehadiran semua anggota Kabinet di Putrajaya sempena Istiadat Perbarisan Mengarak Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong, yang menyaksikan mereka mengenakan pakaian istiadat rasmi.

“Jabatan Perdana Menteri berpendapat hari ini adalah masa yang sesuai untuk mengambil gambar rasmi tersebut kerana semua anggota Jemaah Menteri hadir dengan pakaian nombor satu,” katanya.

Beliau sekali lagi menegaskan tiada sebarang mesej tersirat di sebalik sesi fotografi itu dan orang ramai tidak perlu membuat andaian mengenai kedudukan kerajaan atau kemungkinan pembubaran Parlimen.

“Jadi tidak timbul sebarang isu atau petanda kepada pembubaran Parlimen. Ia sekadar satu urusan rasmi yang lazim dilakukan,” katanya.

Untuk rekod, kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar mula mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 pada November 2022.

Kabinet Persekutuan kemudian melalui rombakan pada Disember 2023 yang menyaksikan beberapa muka baharu dilantik bagi memperkukuhkan pentadbiran kerajaan.

Berita berkaitan
Rundingan kerjasama BN-PH di Negeri Sembilan masih terbuka: Zahid
June 5, 2026· Politik
Pertemuan dengan PAS bagi pastikan Kerajaan Perpaduan kekal hingga tamat penggal: Zahid
June 5, 2026· Politik
Kerajaan Perpaduan kekal kukuh walaupun BN dan PH bertanding berasingan: Fahmi
3 jam lalu· Politik
Bubar DUN Negeri Sembilan jalan terbaik tamatkan ketidaktentuan: Anwar
4 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Tuanku Muhriz masih sah sebagai Yang di-Pertuan Besar: PMX
4 jam lalu · Isu semasa
Tarif air Pulau Pinang naik mulai Julai
5 jam lalu · Isu semasa
Tunku Nadzaruddin ditabal Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12
5 jam lalu · Isu semasa
Lapan individu dikompaun RM200,000 sebar berita palsu krisis bekalan global
June 4, 2026 · Isu semasa
Kes nahas kereta berlumba sehingga 5 terkorban dirujuk kepada AGC
June 4, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok