Jangan nafikan hak mana-mana kaum dalam proses demokrasi: PMX

June 8, 2026 · Isu semasa

Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak supaya tidak menafikan hak mana-mana kaum untuk terlibat dalam proses demokrasi negara, sambil menegaskan bahawa Malaysia dibina atas asas masyarakat majmuk yang perlu terus dipertahankan.

Menurut Perdana Menteri, sikap menolak penyertaan mana-mana kaum atau parti politik dalam pilihan raya adalah tindakan yang angkuh dan bertentangan dengan semangat demokrasi yang diamalkan negara.

“Kita mesti menghormati pilihan rakyat. Dalam sistem dan amalan demokrasi, agak angkuh atau sombong untuk kita membuat keputusan dengan menafikan hak mana-mana kaum atau parti yang mungkin bertanding dan bersama dalam pilihan raya,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di Putrajaya hari ini.

Anwar berkata, walaupun persaingan politik dan perbezaan pandangan merupakan perkara biasa dalam sistem demokrasi, realiti kepelbagaian kaum dan budaya yang menjadi asas pembentukan Malaysia tidak boleh dipersoalkan.

Beliau menegaskan kerajaan MADANI kekal berpegang kepada prinsip yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, selain menolak sebarang bentuk politik kebencian berasaskan kaum.

Terdahulu, suasana majlis bertukar ceria apabila Anwar secara berseloroh mengusik Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, yang duduk bersebelahan timbalannya, Teo Nie Ching.

“Teo Nie Ching duduk sebelah (Fahmi), boleh ke? Nanti jadi isu,” katanya, dipercayai merujuk kepada polemik politik berkaitan isu kaum yang hangat dimainkan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Dalam ucapannya, Anwar turut menjelaskan prinsip menghormati kepelbagaian kaum bukan sahaja selaras dengan Perlembagaan, malah bertepatan dengan ajaran Islam yang mengiktiraf kewujudan pelbagai bangsa dan keturunan sebagai satu ketetapan yang perlu dihormati.

“Kita tidak pilih untuk jadi Melayu, Cina atau India. Kita tidak pilih warna kulit kita. Yang membezakan manusia bukan keturunannya, kekayaannya, pangkat dan darjatnya, suku kaum atau warna kulitnya, tetapi nilai kebaikan dan ketakwaannya,” katanya.

Beliau turut menggesa masyarakat supaya melihat perbezaan kaum dan budaya sebagai peluang untuk saling mengenali serta memahami antara satu sama lain, bukannya sekadar bertoleransi.

Menurutnya, pendekatan itu penting bagi membentuk masyarakat yang lebih matang dan bersatu padu ketika negara berdepan pelbagai cabaran politik serta perdebatan awam yang semakin sengit.

Anwar turut mengakui beliau sering berdepan kritikan dan tuduhan kononnya terlalu cenderung kepada kaum tertentu apabila mempertahankan prinsip keadilan dan kesaksamaan.

Bagaimanapun, beliau menegaskanadasar kerajaan sentiasa berpaksikan nilai kemanusiaan sejagat dan keadilan untuk semua rakyat tanpa mengira latar belakang kaum.

“Sebab itu dalam negara MADANI ini kita tekankan soal nilai. Nilai yang dipaparkan, ditonjolkan dan dididik kepada anak-anak sejak awal. Kita tidak mahu rakyat membenci mana-mana kaum hanya kerana perbezaan,” katanya.

Kenyataan itu dibuat ketika isu hubungan antara kaum dan kerjasama politik terus menjadi antara tema utama kempen PRN Johor, dengan beberapa pihak menjadikan sentimen perkauman sebagai bahan perdebatan dalam usaha meraih sokongan pengundi.

Berita berkaitan
BN, PAS sepakat lancar manifesto bersama di Melaka: Rauf
October 29, 2026· Politik
PRN Melaka: MIPP tarik diri, rundingan kerusi dengan PN gagal
1 jam lalu· Politik
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
15 jam lalu· Isu semasa
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
15 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Parlimen: 1,588 rakyat Malaysia ditahan di luar negara kerana dadah
October 29, 2026 · Isu semasa
Shuhaily kembali ke PDRM, jawatan Ketua Pengarah AKPS kosong: Saifuddin Nasution
1 jam lalu · Isu semasa
AGC ketuai siasatan khas jenayah kewangan, tiada individu atau syarikat terkecuali
15 jam lalu · Isu semasa
Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 cecah RM4.42
15 jam lalu · Isu semasa
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok