Rekod PAS jelas, kawan akan jadi lawan: Saifuddin Nasution

June 9, 2026 · Politik

Keputusan PAS menamatkan kerjasama politik dengan Bersatu bukan sesuatu yang mengejutkan kerana parti itu didakwa mempunyai sejarah berpisah dengan hampir semua rakan politiknya sebelum ini.

Ketua Setiausaha PH, Saifuddin Nasution Ismail berkata tindakan terbaru PAS itu hanya mengulangi corak yang sama dalam landskap politik negara apabila setiap kerjasama yang dibentuk akhirnya berakhir dengan perpecahan.

Menurut beliau, pengalaman tersebut pernah berlaku membabitkan beberapa parti dan gabungan politik termasuk Semangat 46, Pakatan Harapan (PH), UMNO menerusi Muafakat Nasional serta kini Bersatu.

“Kita tengok kerjasama dengan Semangat 46, kemudian PH sendiri, selepas itu UMNO melalui Muafakat Nasional dan seterusnya Bersatu. Semua menerima nasib yang sama.

“Walaupun alasannya sering dikaitkan dengan penyatuan ummah mengikut tafsiran mereka sendiri, akhirnya hubungan itu tetap berakhir dengan perpisahan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Citra Negara: Sekolah Selamat di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Batu Pahat, hari ini.

Saifuddin berkata, politik sentiasa bersifat dinamik, namun prinsip asas politik Islam sepatutnya berpaksikan keadilan, perpaduan, kasih sayang serta usaha menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

“Lepas ini siapa lagi? Siapa sahaja yang bergabung dengan PAS akhirnya berakhir dengan perceraian. Cuma bezanya sama ada talak satu, talak dua atau talak tiga,” katanya secara sinis.

Kenyataan itu dibuat sehari selepas PAS mengumumkan penamatan kerjasama politik dengan Bersatu berkuat kuasa serta-merta, sekali gus menamatkan hubungan yang menjadi tunjang kepada Perikatan Nasional (PN) sejak beberapa tahun lalu.

Dalam kenyataan rasmi semalam, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata keputusan itu dibuat selepas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat memperakukan ketetapan Majlis Syura Ulama yang bermesyuarat pada 2 Jun lalu.

Menurut beliau, keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira pelbagai laporan, kajian serta penilaian semasa berhubung hubungan kedua-dua parti, selain mempertimbangkan aspek dasar, hukum dan maslahah politik.

Berita berkaitan
Kes pengisytiharan harta: Ismail Sabri akan didakwa esok
9 jam lalu· Politik
Aziz Bari gesa UMNO, PAS henti pertikai RCI Tabung Haji
13 jam lalu· Politik
Peja: Bersatu tak mampu bergerak solo di Melaka
16 jam lalu· Politik
KJ mohon mahkamah dedah siapa di sebalik artikel fitnah
16 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Anwar: Kebebasan mahasiswa mesti diberi sepenuhnya
5 jam lalu · Politik
Mahkamah kekal keputusan, Ketua Menteri P. Pinang menang kes saman fitnah
13 jam lalu · Politik
RCI Tabung Haji: Kerajaan tidak akan kompromi dan tindakan tegas diambil
13 jam lalu · Politik
Dedah semua, jangan pilih-pilih laporan RCI TH demi kepentingan politik: AMK
16 jam lalu · Politik
Jangan ulang RCI hanya kerana tak suka keputusan: Mahfuz
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok