Pemasyhuran di Melaka tidak sah dan langgar adat istiadat: Pengelola Bijaya Negeri Sembilan

19 jam lalu · Isu semasa

Istiadat Pemasyhuran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 yang berlangsung di sebuah hotel di Alor Gajah, Melaka pada Jumaat lalu disifatkan sebagai tidak sah dan tidak diiktiraf dari sudut Perlembagaan, undang-undang serta adat istiadat Negeri Sembilan.

Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan, Azizi Mohamad Ali berkata majlis yang diadakan pada 5 Jun itu tidak mempunyai sebarang kedudukan sah di sisi perlembagaan negeri mahupun adat yang menjadi asas sistem pemerintahan beraja Negeri Sembilan.

“Adalah dimaklumkan bahawa majlis yang dikatakan sebagai Istiadat Pemasyhuran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah, Melaka pada 5 Jun 2026 adalah tidak sah serta tidak diiktiraf dari sudut Perlembagaan, undang-undang dan adat istiadat Negeri Sembilan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, susulan itu, gelaran Yang di-Pertuan Besar yang cuba diambil oleh Tunku Nadzaruddin ibni Almarhum Tuanku Ja’afar tidak mempunyai sebarang kuasa atau kesan perundangan.

“Oleh itu, gelaran Yang di-Pertuan Besar yang cuba diambil oleh Tunku Nadzaruddin ibni Almarhum Tuanku Ja’afar adalah tidak berkuat kuasa,” katanya.

Pada Jumaat lalu, Tunku Nadzaruddin dilaporkan dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 dalam satu majlis yang berlangsung di sebuah resort di Alor Gajah.

Pemasyhuran itu diumumkan oleh Undang Luak Jelebu, Maarof Mat Rashad yang mewakili Undang Yang Empat.

Bagaimanapun, Istana Negeri Sembilan menegaskan pemasyhuran berkenaan tidak mempunyai pengiktirafan rasmi.

Azizi turut menjelaskan tindakan menerima gelaran yang tidak sah itu menyebabkan Tunku Nadzaruddin secara automatik kehilangan Gelaran Pusaka Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan yang sebelum ini disandangnya.

“Sehubungan itu, tiada lagi penyandang Gelaran Pusaka Tunku Panglima Besar, Putera Yang Empat Negeri Sembilan,” katanya.

Mengikut adat Perpatih dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, pemilihan Yang di-Pertuan Besar dilakukan oleh Undang Yang Empat yang mempunyai peranan penting dalam menentukan pewaris takhta negeri tersebut.

Kenyataan terbaru Istana Negeri Sembilan itu sekali gus menegaskan pendirian rasmi istiadat pemasyhuran yang berlangsung di Melaka tidak mempunyai sebarang kedudukan sah dari sudut perlembagaan, undang-undang dan adat istiadat negeri.

Berita berkaitan
BN yakin agihan kerusi PRN Johor, Negeri Sembilan tiada pertindihan
June 10, 2026· Politik
DAPSY pertahan dakwaan Mohamad Hasan terlibat krisis politik Negeri Sembilan
June 10, 2026· Politik
SPR bermesyuarat Jumaat, dijangka umum tarikh PRN Johor dan Negeri Sembilan
5 jam lalu· Politik
SPR tetapkan tarikh penting PRN Negeri Sembilan Jumaat ini
June 8, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Cucu dedah dakwa dirogol, warga emas direman enam hari
June 10, 2026 · Isu semasa
Malaysia teroka sumber minyak baharu, utamakan kesesuaian fasiliti tempatan
4 jam lalu · Isu semasa
Malaysia tegas pertahan perdagangan bebas: PMX
5 jam lalu · Isu semasa
Kes aduan Albert Tei terhadap Azam ditutup, tiada tindakan lanjut: AGC
7 jam lalu · Isu semasa
Dunia perlukan hala tuju jelas, bukan sekadar kuasa: PMX
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok