Ismail Lasim nafi letak jawatan MB Negeri Sembilan

4 jam lalu · Politik

Menteri Besar Negeri Sembilan Ismail Lasim, menafikan laporan media mendakwa sudah menandatangani surat peletakan jawatan, sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai permainan politik.

Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh menegaskan beliau masih menjalankan tugas seperti biasa dan tidak pernah meletakkan jawatan seperti dilaporkan sebuah portal berita berbahasa Cina, China Press.

“Mainan politik saja ni… tak betul. Saya tak letak jawatan,” katanya menurut laporan Malaysiakini.

China Press sebelum itu menerbitkan laporan bertajuk *Ismail Lasim sudah menandatangani surat peletakan jawatan*, sekali gus mencetuskan spekulasi baharu mengenai kedudukan kepimpinan kerajaan negeri.

Setiausaha Akhbar Ismail, Mohd Fasha Musthafa, turut menafikan laporan berkenaan dan mengesahkan Menteri Besar menjalankan tugas seperti biasa.

“Menteri besar bertugas seperti biasa hari ini. (Dari) mana sumber China Press dapat? (Ini) tak benar,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias, meminta semua pihak memberi ruang kepada kepimpinan negeri untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku tanpa campur tangan pihak luar.

Ketika berucap di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Jelebu itu berkata isu berkenaan perlu diserahkan kepada pihak di Negeri Sembilan untuk mencari penyelesaian.

“Hulu Terengganu tak perlu bimbang, perkara ini akan diselesaikan. Biar Negeri Sembilan menyelesaikan urusannya sendiri,” katanya ketika menjawab celahan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Rasol Wahid.

ADUN Lenggeng, Mohd Asna Amin, turut menyifatkan laporan mengenai peletakan jawatan itu sebagai khabar angin.

“MB kata tak ada, ini gosip,” katanya.

Kemelut politik Negeri Sembilan menjadi perhatian selepas Istana Menanti pada 20 September lalu mengumumkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, menarik balik pelantikan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang dilantik Ismail.

Perkembangan itu berlaku susulan laporan mendakwa Ismail menandatangani proklamasi untuk menurunkan takhta Tuanku Muhriz.

Ismail turut menjadi perhatian selepas berlaku insiden beliau ditegur secara terbuka oleh Tuanku Muhriz di Masjid Kampung Beting, Juasseh, Kuala Pilah.

Berita berkaitan
Abu Bakar kekal MB Perlis walaupun digantung keahlian Bersatu: Laporan
16 jam lalu· Politik
PRN Melaka: Zahid sahkan BN tanding 21 kerusi, DUN beri PAS tujuh
October 21, 2026· Politik
Lantik MB baharu jika kemelut Negeri Sembilan berlarutan: Peguam
October 21, 2026· Politik
MCMC siasat akaun FB Chegubard hina institusi diraja, telefon bimbit dirampas
October 21, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Mahkamah gantung notis batal pendaftaran PN
11 jam lalu · Politik
12 tuntutan MA63 dalam empat tahun berjaya diselesaikan: Mustapha
11 jam lalu · Politik
Isu DAP: Amanah minta PAS hentikan politik sentimen
11 jam lalu · Politik
Adly: PH tidak tanding semua kerusi di Melaka
12 jam lalu · Politik
PRN Melaka: PAS sedia guna lambang bulan selepas PN dibatalkan RoS
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok