Kes aduan Albert Tei terhadap Azam ditutup, tiada tindakan lanjut: AGC

June 10, 2026 · Isu semasa

Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan aduan ugutan jenayah yang dibuat ahli perniagaan Albert Tei terhadap bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) selepas siasatan mendapati tiada elemen kesalahan dapat dibuktikan.

AGC dalam satu kenyataan memaklumkan keputusan itu dibuat selepas penelitian menyeluruh terhadap kertas siasatan yang dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung aduan yang dibuat oleh Tei, atau nama sebenarnya Tei Jiann Cheing.

Menurut AGC, hasil semakan mendapati unsur kesalahan ugutan jenayah di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan tidak dapat dibuktikan berdasarkan fakta dan keterangan yang diperoleh sepanjang siasatan.

“AGC telah meneliti kertas siasatan yang dikemukakan PDRM berhubung aduan Jiann Cheing terhadap Azam bagi kesalahan ugutan jenayah di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Hasil penelitian menyeluruh terhadap kertas siasatan tersebut mendapati elemen kesalahan ugutan jenayah di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan tidak dapat dibuktikan. Justeru, kertas siasatan ini diputuskan untuk diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut,” menurut kenyataan itu.

Kes berkenaan mendapat perhatian selepas Tei membuat laporan polis pada 13 Mei lalu dengan mendakwa berlaku ugutan jenayah yang dikaitkan dengan peguam mewakili Azam.

Susulan laporan itu, polis membuka siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Sebagai sebahagian daripada siasatan, Azam turut hadir memberi keterangan kepada penyiasat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 3 Jun lalu.

Terdahulu, Tei membuat beberapa dakwaan awam yang mendakwa beliau diugut, dihalang dan menjadi mangsa ketika cuba mendedahkan skandal rasuah yang didakwanya melibatkan beberapa ahli politik di Sabah.

Dakwaan tersebut mencetuskan pertikaian terbuka antara beliau dan Azam.

Dalam perkembangan berkaitan, Azam pada minggu lalu memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap Tei bagi menuntut ganti rugi serta perintah injunksi.

Saman itu dikemukakan susulan penerbitan dan penerbitan semula beberapa kenyataan mengenai beliau menerusi platform audio siar, YouTube Shorts serta pelbagai saluran penerbitan dalam talian.

Menurut dokumen mahkamah, tindakan undang-undang itu berkait dengan kenyataan yang didakwa mencemarkan reputasi Azam berhubung beberapa isu yang dibangkitkan oleh Tei.

Berita berkaitan
SPRM jejak dokumen pelaburan KWAP di tiga negara
10 jam lalu· Isu semasa
Aminuddin gesa tindakan tegas terhadap pihak hina institusi diraja
July 27, 2026· Isu semasa
RCI Tabung Haji: Kerajaan buat keputusan Rabu ini
July 27, 2026· Isu semasa
Kes tender PDRM: Saksi dedah bekas pegawai Hamzah rasa kecewa berhubung bayaran RM2 juta
July 23, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
PRN NS: Waspada maklumat palsu menjelang hari pengundian
3 jam lalu · Isu semasa
Malaysia kini hanya 7.1 peratus lagi ke status negara berpendapatan tinggi
7 jam lalu · Isu semasa
38 Pusat undi awal PRN Negeri Sembilan ditutup
7 jam lalu · Isu semasa
560 kes kandungan memudaratkan berjaya diselesaikan MCMC
8 jam lalu · Isu semasa
Polis panggil sanusi, pemimpin UMNO bantu siasatan
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
9 jam lalu
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat
24 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok