Agong tarik balik gelaran ‘Tan Sri’ dianugerah kepada Isa Samad

June 11, 2026 · Isu semasa

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan penarikan balik Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri kepada bekas Naib Presiden UMNO, Isa Samad, susulan sabitan kesalahan rasuah yang menyebabkan beliau menjalani hukuman penjara.

Jabatan Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan memaklumkan penarikan balik darjah kebesaran itu berkuat kuasa mulai 8 Jun lalu, selaras dengan peruntukan Statut Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia.

Menurut kenyataan itu, tindakan berkenaan dibuat berdasarkan Perenggan XXV dan XXVIA statut tersebut yang memperuntukkan darjah kebesaran boleh ditarik balik sekiranya penerimanya disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh mahkamah.

“Penarikan balik kurniaan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) kepada Isa Samad adalah selaras dengan peruntukan statut dan titah Yang di-Pertuan Agong berhubung penarikan balik darjah kebesaran,” menurut kenyataan itu.

Keputusan tersebut juga bertepatan dengan titah Sultan Ibrahim sempena Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara pada 7 September 2024 yang menegaskan darjah kebesaran boleh ditarik balik terhadap penerima yang disabitkan kesalahan jenayah.

Isa, yang pernah memegang jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan dan menteri kabinet, kini menjalani hukuman penjara selepas Mahkamah Persekutuan mengembalikan sabitan serta hukuman terhadapnya dalam kes rasuah.

Pada Februari lalu, beliau mula menjalani hukuman penjara selepas mahkamah tertinggi negara itu membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang sebelum ini membebaskan dan melepaskannya.

Pada 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mensabitkan Isa atas sembilan pertuduhan menerima rasuah dan menjatuhkan hukuman penjara enam tahun serta denda RM15.45 juta.

Bagaimanapun, beliau dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan pada 2024 sebelum keputusan itu dicabar oleh pihak pendakwaan.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Hakim Nordin Hassan kemudian memutuskan Mahkamah Rayuan tidak sepatutnya mengganggu dapatan Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Persekutuan dalam penghakimannya menyatakan dapatan hakim perbicaraan disokong oleh keterangan yang kukuh serta menepati kehendak undang-undang.

Mahkamah turut memutuskan bahawa semua unsur kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan melampaui keraguan munasabah bagi kesemua sembilan pertuduhan yang dihadapi Isa.

Berita berkaitan
PRN Melaka: SPRM buka bilik gerakan 24 jam, orang ramai boleh buat aduan
October 30, 2026· Isu semasa
Rosmah gagal penuhi syarat, Global Royalty teruskan tuntutan RM67.5 juta: Laporan
October 29, 2026· Politik
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
October 28, 2026· Isu semasa
Chegubard dipenjara empat bulan kes fitnah: Laporan
October 28, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
MAPIM gesa tindakan tegas terhadap kempen kebencian susulan serangan di Kulai
October 30, 2026 · Isu semasa
MCMC menang tuntutan RM15.32 juta terhadap MajuBina
October 30, 2026 · Isu semasa
Dewan Rakyat lulus Belanjawan 2027, perbahasan masuk fasa kedua
5 jam lalu · Isu semasa
Kempen Internet Selamat fokus penguatkuasaan keselamatan digital: Fahmi
October 29, 2026 · Isu semasa
Industri kreatif sumbang RM130.7 bilion kepada ekonomi negara
October 29, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok