Nahas trak FRU: Sultan Selangor bertitah ambil tindakan tegas

May 15, 2025 · Isu semasa

Tindakan tegas perlu diambil kerajaan bagi menangani jumlah kes kemalangan kian meningkat, khasnya membabitkan kenderaan berat.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah tindakan juga perlu diambil terhadap pihak syarikat kenderaan berat terlibat dalam kemalangan dan menarik balik lesen memandu.

“Sekiranya didapati bersalah dan menjadi punca dalam kemalangan maut atau menyebabkan kecederaan parah, pemandu dan syarikat terlibat bukan sahaja perlu didenda atau dipenjara, malah lesen memandu mereka wajar ditarik balik.

“Ini bagi memberi pengajaran kepada pemandu lain agar lebih berhati-hati dan memberi tumpuan yang tidak berbelah bahagi ketika memandu,” titah baginda dalam catatan Facebook Selangor Royal Office.

Baginda dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan takziah kepada keluarga sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terkorban dalam nahas di Teluk Intan kelmarin.

Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dan dukacita dengan tragedi menyayat hati menimpa semua mangsa.

Dalam nahas pagi Selasa lalu, sembilan anggota FRU maut, manakala sembilan lagi cedera selepas trak dinaiki mereka dilanggar sebuah lori membawa muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan.

Sultan Sharafuddin menggesa syarikat pengendali perkhidmatan lori, bas dan kenderaan berat membuat penilaian ketat dalam memilih pemandu dan kelindan.

Baginda turut mengingatkan semua pihak terbabit tidak memandang ringan perkara yang boleh membawa kepada kecuaian seperti keadaan kenderaan serta kelayakan pemandu.

“Baginda berharap dan berdoa tidak akan berlaku lagi tragedi kemalangan sebegini, apatah lagi yang membabitkan kehilangan nyawa insan tidak berdosa, khususnya mereka yang sedang berkhidmat untuk keamanan negara.”

Berita berkaitan
Amirudin enggan layan desakan pecat Exco UMNO di Selangor
April 29, 2026· Politik
Polis siasat hantaran Facebook hina Sultan Selangor
April 27, 2026· Isu semasa
AMK Selangor lapor polis isu hina institusi diraja di media sosial
April 27, 2026· Politik
Azmin dicadang kembali terajui PN Selangor
April 26, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Ebit Lew diperintah bela diri kes gangguan seksual
7 jam lalu · Isu semasa
Kapal bantuan Gaza dipintas, Malaysia kecam tindakan tentera Zionis: Fahmi
7 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan usaha bebaskan aktivis GSF, PMX rayu keluarga terus kuat
8 jam lalu · Isu semasa
Pengesahan identiti pengguna: Penyedia platform media sosial beri kerjasama positif
13 jam lalu · Isu semasa
Penjimatan kerajaan fokus belanja tidak kritikal, tak termasuk kesihatan dan pendidikan: MOF
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok