Amwar Ibrahim berkongsi gambarnya bersama mendiang Samivel sebelum ini.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah atas pemergian wakil calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, Samivel yang maut dalam nahas jalan raya di Melaka, tengah hari tadi.
Anwar menyifatkan pemergian Samivel sebagai satu kehilangan kepada PKR, khususnya di kawasan Alor Gajah, memandangkan mendiang sudah lama berkhidmat dan setia memperjuangkan agenda parti.
Menerusi kenyataan di media sosial, Anwar berkata, Samivel yang juga Ketua Cabang PKR Alor Gajah merupakan seorang pejuang parti yang banyak menyumbang khidmat sepanjang penglibatannya dalam perjuangan Keadilan.
“Sebagai Ketua Cabang Keadilan Alor Gajah, saudara Samivel telah lama berkhidmat dan bersetia dengan perjuangan.
“Moga jasa dan semangat beliau terus membimbing langkah kita dalam meneruskan perjuangan ini,” katanya.
Anwar turut berkongsi gambar bersama mendiang sebagai tanda penghargaan terhadap hubungan dan sumbangan Samivel sepanjang bersama parti itu.
Beliau bersama isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mendiang serta rakan seperjuangan yang terkesan dengan berita kematian berkenaan.
“Ingatan serta doa saya dan Azizah kini bersama keluarga mendiang serta sahabat-sahabat seperjuangan.
“Semoga mereka diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian getir ini,” katanya.
Samivel merupakan wakil calon PH bagi DUN Asahan dalam perkembangan politik di Melaka sebelum terlibat dalam nahas jalan raya yang meragut nyawanya tengah hari tadi.
SPR daftar hampir 42,000 pengundi baharu pada Oktober
MySIREN lebih pantas daripada SMS, data pengguna kekal selamat: Fahmi
MySIREN dilancar, amaran kecemasan terus ke telefon bimbit
Penempatan Rohingya: AMK persoal pengumuman Zahid
Penempatan Rohingya ke Turkiye: Zahid umum lulus, Mat Sabu kata Kabinet belum bincang
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan