Taburan hujan hingga 100mm punca banjir 23 kawasan di Selangor: Bernama

November 18, 2026 · Isu semasa

Hujan sangat lebat dengan rekod taburan antara 63.5 milimeter (mm) hingga 114.5mm menyebabkan banjir di 23 kawasan membabitkan empat daerah di Selangor, semalam.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor dalam kenyataan memaklumkan daerah terbabit ialah Klang yang merekodkan lapan kawasan terjejas, Gombak (tujuh), Kuala Selangor (lima) dan Petaling (tiga).

Jabatan itu memaklumkan Kuala Selangor merekodkan taburan hujan tertinggi, iaitu 114.5mm di Kampung Merbau Indah Tambahan dan Perumahan Saujana Aman.

“Di daerah Klang, antara kawasan terjejas ialah Kampung Delek dan Kampung Rantau Panjang yang masing-masing merekodkan taburan hujan 95.5mm diikuti Kampung Jalan Kebun (94.5mm).

“Sementara itu, di Gombak, Pekan Batu Arang dan Jalan Tasik Puteri-Batu Arang (Jalan Lembah Hijau) masing-masing merekodkan taburan hujan 84.5mm,” menurut kenyataan itu.

Di Petaling, JPS Selangor memaklumkan Kampung Kubu Gajah mencatatkan bacaan 79mm, diikuti Kampung Budiman, Shah Alam (73.5mm) dan Lorong Keluli 1C, i-City (69mm).

Selain itu, JPS Selangor memaklumkan sebanyak 353 pintu air dan 161 pam kekal berada dalam mod operasi aktif bagi mengeluarkan air banjir ke sungai.

Sebanyak 141 pam kecemasan mudah alih atau pam bergerak telah dipasang dan beroperasi di sembilan daerah manakala sembilan unit berada dalam mod siap siaga untuk ditempatkan di lokasi kritikal jika diperlukan.

Portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan jumlah mangsa banjir di Selangor meningkat kepada 1,373 orang daripada 363 keluarga pada pagi tadi berbanding 1,111 orang daripada 295 keluarga petang semalam yang ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS). – Bernama

Berita berkaitan
Bantuan peruntukan kerajaan pusat bantu Melaka laksana projek tebatan banjir: Ab Rauf
November 9, 2026· Isu semasa
Hujan lebat berterusan landa Pantai Timur, Sabah hingga Rabu
November 9, 2026· Isu semasa
Daiso labur RM1.2 bilion, bina hab pengedaran terbesar dunia di Malaysia: PMX
November 5, 2026· Isu semasa
Isu KKDW terlebih belanja RM2.1 bilion: AMK Selangor persoal penjelasan SUA Zahid
November 1, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Kes dadah TUDM: Kabinet akan bincang kawalan keselamatan pangkalan udara
10 jam lalu · Isu semasa
Penempatan Rohingya: Media antarabangsa lapor kerajaan Turkiye nafi kenyataan Zahid
10 jam lalu · Isu semasa
Penjara terlebih kapasiti, hampir 25,000 banduan dibebas secara lesen
10 jam lalu · Isu semasa
Lima syarikat Bumiputera berjaya disenaraikan di Bursa Malaysia
10 jam lalu · Isu semasa
Eksekutif rugi RM617,000 diperdaya pelaburan aksesori kereta
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok