Mahkamah batal sepina terhadap PMX dalam kes Vinod Sekhar: Laporan

June 19, 2026 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, tidak perlu memberi keterangan sebagai saksi dalam saman sivil RM30 juta yang difailkan terhadap ahli perniagaan Vinod Sekhar dan isterinya, Winny Yeap, selepas membatalkan perintah sepina yang sebelum ini dikeluarkan terhadap beliau.

Pesuruhjaya Kehakiman Adam @ Edward Abdullah dalam penghakimannya membenarkan permohonan Anwar untuk mengetepikan sepina yang dikeluarkan pada 15 Januari lalu.

Mahkamah mendapati pihak plaintif gagal membuktikan bahawa Anwar merupakan saksi material yang mempunyai pengetahuan langsung mengenai fakta utama dalam kes berkenaan.

Menurut hakim, alasan nama Anwar didakwa digunakan oleh Vinod untuk meningkatkan kredibiliti atau mengelakkan pertanyaan tidak mencukupi untuk menjadikan Perdana Menteri itu sebagai saksi penting.

“Nama yang tertera dalam e-mel tidak dengan sendirinya menjadikan pemilik nama itu sebagai saksi material,” katanya ketika membacakan keputusan mahkamah.

Mahkamah turut memerintahkan plaintif membayar kos sebanyak RM20,000 kepada Anwar.

Dalam penghakimannya, Adam menegaskan sepina bukanlah satu perintah yang boleh dikeluarkan secara sewenang-wenangnya.

Sebaliknya, pihak yang memohon perlu membuktikan individu yang dipanggil mempunyai pengetahuan peribadi atau menyaksikan sendiri fakta yang menjadi pertikaian dalam sesuatu kes.

Beliau berkata, saksi yang relevan mestilah seseorang yang mengetahui atau melihat sendiri fakta berkenaan dan bukannya sekadar individu yang namanya dikaitkan dengan pihak tertentu.

“Plaintif menyatakan pemohon diperlukan kerana namanya digunakan untuk melakukan penipuan, tetapi saksi mereka sendiri bersetuju semasa perbicaraan bahawa tiada bukti nama beliau digunakan untuk meminta pelaburan atau wang,” katanya.

Anwar memfailkan permohonan membatalkan sepina itu pada 15 April lalu sambil menafikan mempunyai hubungan dengan Vinod. Sebagai tindak balas, plaintif mengemukakan lebih 400 dokumen yang didakwa menunjukkan hubungan antara kedua-dua individu tersebut.

Bagaimanapun, mahkamah berpendapat bukti yang terdiri daripada gambar, hantaran media sosial dan kehadiran dalam acara awam hanya mampu menunjukkan kemungkinan wujudnya perkenalan atau hubungan sosial.

“Ia tidak menunjukkan bahawa pemohon mempunyai pengetahuan peribadi mengenai transaksi yang menjadi teras kes ini. Hubungan tidak sama dengan materialiti,” tegas hakim.

Saman sivil berkenaan difailkan oleh 12 individu pada tahun 2024 terhadap Vinod dan isterinya atas dakwaan salah nyata, penipuan serta pelanggaran kontrak melibatkan kerugian berjumlah RM30 juta.

Berita berkaitan
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
9 jam lalu· Isu semasa
Kes saman RM1.9 juta: Najib dibenar hadir prosiding lawan Tommy Thomas
17 jam lalu· Isu semasa
Chegubard dipenjara empat bulan kes fitnah: Laporan
17 jam lalu· Politik
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
19 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
9 jam lalu · Isu semasa
AGC ketuai siasatan khas jenayah kewangan, tiada individu atau syarikat terkecuali
9 jam lalu · Isu semasa
Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 cecah RM4.42
9 jam lalu · Isu semasa
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
16 jam lalu · Isu semasa
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok