SPRM buka siasatan pemindahan tiga gajah ke Jepun

June 22, 2026 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan membuka kertas siasatan berhubung dakwaan ketirisan dan penyelewengan dalam urusan pemindahan tiga ekor gajah dari Zoo Taiping ke Zoo Tennoji di Osaka, Jepun.

Tiga gajah yang dikenali sebagai Dara, Amoi dan Kelat (DAK) itu menjadi tumpuan selepas timbul dakwaan terdapat bayaran berkaitan urusan pemindahan berkenaan yang tidak disalurkan kepada kerajaan.

Dalam satu kenyataan hari ini, SPRM memaklumkan siasatan sedang dijalankan terhadap beberapa pihak yang terlibat, termasuk Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) serta ejen yang menguruskan pemindahan ketiga-tiga haiwan berkenaan.

“Siatan memberi tumpuan kepada NRES, PERHILITAN serta ejen yang terlibat dalam urusan pemindahan tiga ekor gajah berkenaan dikenali sebagai DAK,” menurut kenyataan itu.

SPRM berkata siasatan turut meneliti dakwaan terdapat bayaran berkaitan urusan tersebut yang tidak disalurkan kepada kerajaan selain menyiasat sama ada wujud unsur rasuah, penyelewengan atau salah guna kuasa.

Menurut suruhanjaya itu, siasatan masih berada pada peringkat awal dan dijalankan secara menyeluruh bagi mendapatkan gambaran lengkap berhubung transaksi serta proses yang terlibat.

Isu pemindahan DAK mula mendapat perhatian selepas pertubuhan Hak Asasi Hidupan Liar Malaysia (Hidup) pada 18 Jun lalu menggesa SPRM menjalankan siasatan terhadap urusan berkenaan.

Pertubuhan itu mendakwa terdapat transaksi yang tidak telus dan mengaitkan beberapa individu dengan urusan pemindahan yang dianggarkan bernilai RM53 juta.

Dakwaan tersebut turut menimbulkan persoalan mengenai pengurusan hasil dan bayaran yang dikatakan berkaitan dengan pemindahan haiwan berkenaan ke Jepun.

Berita berkaitan
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
17 jam lalu· Isu semasa
Op Viking: Polis sita aset RM409 juta berkait mafia korporat, 70 individu dipanggil
20 jam lalu· Isu semasa
Lima tahun dibicarakan, pendakwaan tutup kes terowong Guan Eng
October 27, 2026· Politik
NGO desak SPRM, AG jelaskan status siasatan RM1.1 bilion libat Rafizi
October 27, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
9 jam lalu · Isu semasa
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
9 jam lalu · Isu semasa
AGC ketuai siasatan khas jenayah kewangan, tiada individu atau syarikat terkecuali
9 jam lalu · Isu semasa
Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 cecah RM4.42
9 jam lalu · Isu semasa
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok