Kerajaan gubal RUU AI, perketat kawalan terhadap deepfake dan salahguna teknologi

June 22, 2026 · Isu semasa

Kerajaan mengambil pendekatan dua serampang untuk menangani penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI), termasuk penggunaan undang-undang sedia ada dan penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Tadbir Urus AI yang kini sedang dibangunkan.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata pendekatan itu bertujuan memperkukuh langkah pencegahan dan akauntabiliti sepanjang kitar hayat teknologi AI, selain memastikan risiko berkaitan teknologi berkeupayaan tinggi seperti deepfake, kandungan sintetik dan manipulasi identiti dapat dikawal lebih awal.

“Strategi berlapis ini memastikan tindakan undang-undang sedia ada dan RUU Tadbir Urus AI saling melengkapi dalam mengimbangi inovasi dan kawalan risiko sistem.

“Langkah proaktif ini amat penting bagi memacu pemanfaatan AI secara bertanggungjawab tanpa mengkompromi keselamatan awam, kepentingan negara serta perlindungan menyeluruh terhadap hak mangsa, maruah individu dan kanak-kanak,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Wong Shu Qi (PH-Kluang) yang meminta penjelasan sama ada RUU berkenaan akan menangani secara khusus penyalahgunaan AI termasuk penghasilan bahan eksploitasi seksual kanak-kanak berasaskan deepfake, penyamaran identiti dan penyebaran kandungan intim tanpa persetujuan.

Menurut Gobind, RUU itu bukan sekadar bertujuan membendung penyalahgunaan AI, malah menjadi kerangka menyeluruh untuk memastikan pembangunan sistem AI dilakukan secara selamat sejak peringkat awal.

Katanya, usaha itu akan melengkapi pengukuhan undang-undang sedia ada bagi menangani ancaman baharu yang muncul susulan perkembangan teknologi, termasuk kesalahan melibatkan eksploitasi kanak-kanak, serangan seksual dan kandungan yang melanggar undang-undang.

“Kita kena lihat AI secara keseluruhan. AI merangkumi semua sektor. Jadi kita perlu mengawal selia prosesnya dari peringkat awal sehingga akhir. Jika kandungan yang dihasilkan melanggar undang-undang, maka tindakan perlu diambil,” katanya.

Gobind juga berkata pembangunan ekosistem AI yang selamat memerlukan pendekatan menyeluruh yang merangkumi pematuhan undang-undang, keselamatan data dan penilaian terhadap produk AI sebelum digunakan.

Beliau berkata kerajaan turut memberi perhatian kepada aspek keselamatan model AI bagi memastikan data pengguna dilindungi dan teknologi yang dibangunkan tidak menimbulkan risiko kepada masyarakat.

“Undang-undang sedia ada boleh diperkukuh dan diperluaskan supaya mampu merangkumi cabaran baharu. Pada masa sama, kita perlu membawa pembaharuan yang diperlukan supaya bukan sahaja AI, malah teknologi baharu lain dapat ditangani dengan berkesan,” katanya.

Berita berkaitan
Dewan Rakyat lulus Belanjawan 2027, perbahasan masuk fasa kedua
2 jam lalu· Isu semasa
CSA jadi landasan kerjasama politik demi rakyat: PMX
16 jam lalu· Politik
Syed Saddiq tandatangan CSA, mahu reformasi segera sebelum PRU
17 jam lalu· Politik
Enam Ahli Parlimen Bersatu tandatangan CSA, terima peruntukan setara
19 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Kempen Internet Selamat fokus penguatkuasaan keselamatan digital: Fahmi
20 jam lalu · Isu semasa
Industri kreatif sumbang RM130.7 bilion kepada ekonomi negara
21 jam lalu · Isu semasa
Pengurangan duti hiburan bukan galak hedonisme, jana ekonomi kreatif: Fahmi
21 jam lalu · Isu semasa
Parlimen: 1,588 rakyat Malaysia ditahan di luar negara kerana dadah
23 jam lalu · Isu semasa
Shuhaily kembali ke PDRM, jawatan Ketua Pengarah AKPS kosong: Saifuddin Nasution
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok