Ops Lusuh tumpaskan sindiket simpan peralatan telekomunikasi curi di Sarawak

2 jam lalu · Isu semasa

Kegiatan menyimpan peralatan telekomunikasi yang dipercayai dicuri berjaya dibongkar menerusi Operasi Bersepadu Op Lusuh yang dilaksanakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak di sekitar Kuching, Padawan dan Kota Samarahan, minggu lalu.

Operasi yang dijalankan pada 18 dan 19 Jun itu membawa kepada serbuan sebuah premis di Kota Samarahan yang dipercayai dijadikan gudang penyimpanan peralatan telekomunikasi yang diperoleh secara tidak sah.

Menurut MCMC, pemeriksaan di premis berkenaan menemukan pelbagai aset telekomunikasi termasuk bateri stesen pemancar dan Remote Radio Unit (RRU) yang dipercayai milik syarikat telekomunikasi.

“Pelbagai peralatan telekomunikasi yang dipercayai milik syarikat telekomunikasi serta disyaki diperoleh secara tidak sah telah ditemukan dan disita sebagai bahan bukti,” menurut kenyataan MCMC hari ini.

Dalam operasi sama, dua individu turut ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan lanjut berhubung kegiatan tersebut.

MCMC berkata, kecurian dan vandalisme terhadap aset telekomunikasi bukan sahaja merupakan kesalahan jenayah, malah boleh menjejaskan kesinambungan perkhidmatan komunikasi yang digunakan orang ramai serta sektor penting yang bergantung kepada rangkaian telekomunikasi.

Gangguan terhadap infrastruktur telekomunikasi boleh menyebabkan perkhidmatan komunikasi dan internet terputus, sekali gus memberi kesan kepada urusan harian pengguna, perniagaan serta perkhidmatan kecemasan.

Menurut suruhanjaya itu, individu yang didapati bersalah boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

“Operasi ini mencerminkan kerjasama erat antara MCMC, PDRM Kontinjen Sarawak, Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak serta agensi penguatkuasaan berkaitan dalam membanteras jenayah yang mengancam keselamatan infrastruktur telekomunikasi negara,” menurut kenyataan itu.

MCMC turut menegaskan kerjasama strategik antara agensi akan terus diperkukuhkan bagi memastikan rangkaian komunikasi negara kekal selamat, stabil dan berdaya tahan.

Orang ramai juga digesa menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan sebarang aktiviti mencurigakan yang melibatkan aset telekomunikasi bagi membantu membendung kegiatan jenayah berkenaan daripada terus berleluasa.

Kebelakangan ini, kes kecurian bateri stesen pemancar, kabel dan peralatan telekomunikasi menjadi antara cabaran utama industri telekomunikasi kerana menyebabkan gangguan perkhidmatan serta kerugian besar kepada syarikat penyedia rangkaian di seluruh negara.

Berita berkaitan
Pengesahan had umur: MCMC boleh kenakan denda RM10 juta kepada platform media sosial
3 jam lalu· Isu semasa
Pengawal keselamatan dipenjara, didenda RM50,000 hina Agong di Facebook
4 jam lalu· Isu semasa
Mahkamah sekat Papagomo sebar kandungan didakwa memudaratkan
4 jam lalu· Isu semasa
Pengesahan umur bertujuan lindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian: Fahmi
8 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Pemilik kenderaan diesel boleh mohon tambahan 100 liter bila-bila masa
3 jam lalu · Isu semasa
Selepas 20 Tahun di Brunei, MP Miri bantu bapa empat anak kembali bina hidup baharu
3 jam lalu · Isu semasa
Pelaburan palsu punca kerugian tertinggi penipuan dalam talian
8 jam lalu · Isu semasa
Rayuan ditolak, perbicaraan kes rasuah Guan Eng diteruskan
8 jam lalu · Isu semasa
Pelajar IPTS warga asing ditemui maut di kondo, rakan senegara ditahan
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok