Pengawal keselamatan dipenjara, didenda RM50,000 hina Agong di Facebook

June 24, 2026 · Isu semasa

Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman penjara lapan bulan dan denda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di Kuching selepas mengaku bersalah memuat naik komen berunsur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong menerusi Facebook.

Hakim Iris Awen Jon menjatuhkan hukuman itu ke atas Raden Mohamad Norhakim, 46, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara dua bulan lagi sekiranya gagal membayar denda berkenaan. Hukuman penjara berkuat kuasa serta-merta bermula hari ini.

Selain itu, telefon bimbit yang digunakan untuk melakukan kesalahan tersebut turut dilucut hak kepada kerajaan.

Mengikut pertuduhan, Raden didakwa sengaja membuat penghantaran komunikasi yang bersifat jelik menggunakan akaun Facebook miliknya di sebuah kondominium berhampiran Lorong Lapangan Terbang, Kuching, kira-kira jam 7.27 pagi pada 12 Februari 2025.

Kandungan hantaran itu didakwa mengandungi tuduhan Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Agama Islam gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menghina Islam, selain mengandungi ungkapan berbaur penghinaan terhadap pemimpin negara.

Berdasarkan fakta kes, hantaran tersebut dikesan pada hari yang sama oleh seorang Penolong Pengarah Jabatan Moderasi Kandungan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang bertugas di Cyberjaya.

Laporan kemudian dibuat selepas kandungan berkenaan didapati mempunyai unsur penghinaan melampau.

Siasatan lanjut membawa kepada serbuan oleh pegawai MCMC pada 17 Jun lalu. Hasil pemeriksaan mendapati akaun Facebook milik tertuduh masih aktif pada telefon bimbitnya dan pihak berkuasa berjaya mendapatkan semula hantaran yang menjadi bahan siasatan.

Dalam rayuannya, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan dengan alasan beliau terpengaruh oleh perbincangan dan komen yang dibaca di media sosial.

“Saya menyesali perbuatan itu dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi,” katanya di mahkamah.

Beliau turut mengakui tindakan tersebut menjadi pengajaran supaya lebih berhati-hati ketika mengulas isu sensitif di platform media sosial.

Ketika menyampaikan penghakiman, Hakim Iris menegaskan kesalahan yang melibatkan kepentingan awam perlu dipandang serius kerana boleh memberi kesan kepada masyarakat dan negara.

“Anda perlu meminta maaf kepada rakyat Malaysia dan Yang di-Pertuan Agong. Tiada gunanya meminta maaf kepada mahkamah kerana kesannya telah berlaku,” katanya.

Sementara itu, pegawai pendakwa MCMC, Nazrul Nizam Mohd Zameri, memohon mahkamah mengenakan hukuman yang setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat agar lebih bertanggungjawab dalam penggunaan media sosial.

Menurutnya, kenyataan yang dimuat naik bukan sahaja menghina institusi Yang di-Pertuan Agong, malah berpotensi menjejaskan keharmonian negara sekiranya tidak ditangani dengan tegas.

Berita berkaitan
Kempen Internet Selamat fokus penguatkuasaan keselamatan digital: Fahmi
13 jam lalu· Isu semasa
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
October 28, 2026· Isu semasa
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
October 28, 2026· Isu semasa
Chegubard dipenjara empat bulan kes fitnah: Laporan
October 28, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Industri kreatif sumbang RM130.7 bilion kepada ekonomi negara
13 jam lalu · Isu semasa
Pengurangan duti hiburan bukan galak hedonisme, jana ekonomi kreatif: Fahmi
13 jam lalu · Isu semasa
Parlimen: 1,588 rakyat Malaysia ditahan di luar negara kerana dadah
15 jam lalu · Isu semasa
Shuhaily kembali ke PDRM, jawatan Ketua Pengarah AKPS kosong: Saifuddin Nasution
16 jam lalu · Isu semasa
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
October 28, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok