PRN Johor: Polis buka tiga kertas siasatan

9 jam lalu · Isu semasa

Polis Johor membuka tiga kertas siasatan daripada tujuh laporan yang diterima berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 sejak hari penamaan calon pada Sabtu lalu hingga 11.59 malam semalam.

Ketua Polis Johor, Ab Rahaman Arsad berkata, siasatan melibatkan pelbagai kesalahan termasuk khianat, perbuatan berunsur hasutan dan penyalahgunaan kemudahan rangkaian komunikasi.

Beliau berkata, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana kesalahan khianat menggunakan api atau bahan letupan, manakala satu lagi disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

“Selain itu, satu lagi kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan perbuatan atau cubaan melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut serta penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam perkembangan sama, Ab Rahaman berkata polis menerima sebanyak 420 permohonan permit bagi penganjuran aktiviti kempen sepanjang tempoh berkempen.

Menurut beliau, daripada jumlah itu, sebanyak 414 permit telah diluluskan bagi membolehkan aktiviti kempen dijalankan mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan.

Beliau berkata, sepanjang tempoh sama, sebanyak 191 program politik berlangsung dan dipantau anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan setiap aktiviti mematuhi syarat permit serta berjalan dalam keadaan aman dan teratur.

“Secara keseluruhannya, situasi keselamatan sepanjang proses PRN Johor ke-16 berada dalam keadaan aman dan terkawal. Tiada insiden yang boleh menjejaskan ketenteraman awam dilaporkan setakat ini,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata polis turut mempergiat pemantauan di platform media sosial dengan kerjasama agensi berkaitan bagi mengesan penyebaran berita palsu, maklumat tidak sahih serta kandungan berunsur hasutan atau provokasi yang berpotensi mengganggu ketenteraman awam.

PRN Johor ke-16 menyaksikan tempoh kempen bermula sejurus selesai proses penamaan calon pada 27 Jun, manakala hari pengundian ditetapkan pada 11 Julai.

Berita berkaitan
Bersatu tidak akan arah ahli undi parti lain macam PAS buat: Muhyiddin
June 29, 2026· Politik
PRN Johor: Lebih 24,000 kertas undi pos mula diedarkan
June 29, 2026· Politik
Puad dakwa Onn Hafiz takut berdebat, pernah diminta hadkan perbahasan DUN
June 29, 2026· Politik
PRN Johor: Amanah bidas UMNO terdesak mengemis sokongan PAS
2 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Ketua UMNO Kangar bersama dua pengarah diarah bayar balik kes tiket umrah
2 jam lalu · Isu semasa
MCMC sita peralatan komunikasi tak diperakui bernilai RM2.06 Juta
3 jam lalu · Isu semasa
Bekalan bahan api cukup hingga Ogos, harga barangan terus dipantau
6 jam lalu · Isu semasa
Anwar lancar Malaysia Digital 2030, sasar ekonomi digital sumbang 30% KDNK
6 jam lalu · Isu semasa
18,000 permohonan tambahan kuota diesel BUDI MADANI: MoF
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok