Perangi rasuah perlu usaha bersama semua pihak: Anwar

June 30, 2026 · Isu semasa

Usaha membanteras rasuah tidak boleh dipikul oleh satu institusi sahaja, sebaliknya memerlukan kerjasama menyeluruh melibatkan agensi penguatkuasaan, badan penasihat, Parlimen, sektor awam, sektor swasta serta seluruh masyarakat.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, pendekatan itu penting bagi memastikan agenda memerangi rasuah dapat dilaksanakan secara lebih berkesan menerusi sistem semak dan imbang yang kukuh.

Menurut beliau, Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) dan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) memainkan peranan penting dalam memperkukuh usaha pencegahan rasuah dengan memberikan pandangan yang bebas dan kritikal.

“Di Parlimen tadi, saya menyempurnakan penyerahan surat cara pelantikan kepada anggota baharu JKMR dan LPPR selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Saya turut menyampaikan amanat kepada anggota yang baharu dilantik supaya membulatkan tekad dalam memperkukuh agenda pencegahan rasuah,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Anwar berkata, walaupun anggota yang dilantik datang daripada pelbagai latar belakang dan bidang kepakaran, mereka berkongsi tanggungjawab yang sama untuk memperkasakan usaha membanteras rasuah demi kepentingan negara.

Beliau menegaskan kejayaan memerangi rasuah memerlukan komitmen semua pihak, bukan hanya bergantung kepada tindakan penguatkuasaan semata-mata, sebaliknya turut melibatkan tadbir urus yang baik, integriti serta kebertanggungjawaban dalam setiap lapisan masyarakat.

JKMR diwujudkan di bawah Seksyen 14 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

Ahli jawatankuasa itu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dalam kalangan ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang mewakili kerajaan serta pembangkang bagi menjalankan fungsi semak dan imbang terhadap perjalanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sementara itu, LPPR ditubuhkan mengikut Seksyen 13 akta yang sama. Ahli-ahlinya dilantik daripada individu berintegriti yang mempunyai rekod perkhidmatan awam cemerlang atau mencapai kecemerlangan dalam bidang profesional masing-masing bagi menasihati SPRM mengenai pelaksanaan fungsi dan tanggungjawabnya.

Kerajaan sejak pentadbiran Anwar Ibrahim berulang kali menegaskan agenda memperkukuh integriti dan membanteras rasuah menjadi antara keutamaan dalam usaha meningkatkan keyakinan rakyat serta pelabur terhadap sistem pentadbiran negara.

Berita berkaitan
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
7 jam lalu· Isu semasa
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
15 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
17 jam lalu· Isu semasa
Op Viking: Polis sita aset RM409 juta berkait mafia korporat, 70 individu dipanggil
19 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
8 jam lalu · Isu semasa
AGC ketuai siasatan khas jenayah kewangan, tiada individu atau syarikat terkecuali
8 jam lalu · Isu semasa
Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 cecah RM4.42
8 jam lalu · Isu semasa
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
15 jam lalu · Isu semasa
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok