Pelan induk JS-SEZ dilancar suku keempat tahun ini: Akmal Nasrullah

July 4, 2026 · Isu semasa

Pelan Induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka dilancarkan pada suku keempat tahun ini bagi memastikan pelaksanaannya diselaraskan secara strategik antara Malaysia dan Singapura.

Pelaksanaan JS-SEZ bukan sekadar melibatkan pembangunan di Johor, sebaliknya merupakan inisiatif ekonomi rentas sempadan yang memerlukan penyelarasan dasar, kesiapsiagaan agensi pelaksana serta komitmen jelas daripada kedua-dua negara.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata keputusan Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk menyelaras pelancaran Pelan Induk JS-SEZ sempena Leaders’ Retreat antara pemimpin tertinggi Malaysia dan Singapura membuktikan kesungguhan kerajaan memperkukuh keyakinan pelabur.

“Pelancaran di peringkat tertinggi kedua-dua negara akan memberi isyarat jelas kepada pelabur bahawa JS-SEZ mempunyai sokongan politik, dasar dan pelaksanaan yang kukuh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, penilaian terhadap kemajuan JS-SEZ tidak seharusnya tertumpu kepada tarikh pelancaran dokumen semata-mata, sebaliknya perlu melihat kepada hasil dan impak ekonomi sebenar yang mampu dijana.

“Data pelaburan semasa menunjukkan keyakinan pelabur domestik dan antarabangsa terhadap pasaran Johor kekal utuh serta konsisten,” katanya.

JS-SEZ merupakan kerjasama strategik Malaysia dan Singapura yang bertujuan menjadikan Johor sebagai hab pelaburan, pembuatan, logistik, ekonomi digital dan perkhidmatan bernilai tinggi.

Inisiatif itu turut dijangka mempercepat kemasukan pelaburan asing, memperkukuh hubungan perdagangan dua hala serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi kepada rakyat, khususnya di Johor.

Kementerian Ekonomi berkata, kerajaan akan terus memastikan kerjasama dengan Kerajaan Negeri Johor dan semua agensi pelaksana diperkukuh supaya setiap perancangan dapat dilaksanakan secara tersusun.

“JS-SEZ perlu menjadi model kerjasama ekonomi yang berdaya saing, terangkum dan mampan, bukan sahaja untuk menarik pelaburan tetapi juga menjana pendapatan bernilai tinggi serta manfaat langsung kepada rakyat,” katanya.

Pelancaran Pelan Induk JS-SEZ pada suku keempat tahun ini dijangka menjadi antara agenda utama dalam hubungan ekonomi Malaysia-Singapura, ketika kedua-dua negara berusaha meningkatkan daya saing rantau ini dalam menarik pelaburan global.

Berita berkaitan
PMX dedah 50 ekar bandar diisytihar tanah rizab Melayu, nafi abai Bumiputera
July 27, 2026· Politik
PAS yang khianat, tapi kini persoal Bersatu masih mahu kekal dalam PN
July 27, 2026· Politik
RCI Tabung Haji: Kerajaan buat keputusan Rabu ini
1 jam lalu· Isu semasa
Jangan heret istana dalam politik : Istana Negeri Sembilan
3 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
CTPR: MCMC perkukuh kapasiti kawal selia digital Malaysia, ASEAN
1 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi menjelang PRN Negeri Sembilan: Bernama
7 jam lalu · Isu semasa
MCMC perkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi Program MADANI Kita
July 25, 2026 · Isu semasa
Tiada pemimpin boleh hina mana-mana kaum, PM ingatkan Sanusi
July 25, 2026 · Isu semasa
Anwar yakin Kabinet setuju dedah laporan RCI Tabung Haji
July 25, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Khaled Nordin lekeh Bersatu macam budak-budak, banyak mana pengalaman dia dengan saya?
8 jam lalu
[VIDEO] Nasir Rahman tekad bantu peniaga dan anak muda Bagan Pinang jika dipilih
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok