Ketua Armada Bersatu Selangor, Na’im Brundage, sebelum ini memohon mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman berhubung tindakan menyekat dua akaun TikTok miliknya tiga tahun lalu.
Seorang suri rumah didenda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen Sepang selepas mengaku bersalah menyebarkan maklumat palsu mengenai kenaikan harga minyak menerusi aplikasi Threads, Mac lalu.
Nur Nadia Ahmad Johari, 34, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi palsu yang disertakan infografik tidak benar berkaitan harga minyak.
Hakim Ahmad Fuad Othman menjatuhkan hukuman berkenaan selepas tertuduh mengaku salah sebaik pertuduhan dibacakan di mahkamah pada Selasa.
Mengikut pertuduhan, Nur Nadia didakwa secara sedar membuat serta memulakan penghantaran palsu menerusi satu infografik mengenai kenaikan harga minyak dengan niat mengganggu orang lain pada 31 Mac lalu.
Pertuduhan dikemukakan oleh Pegawai Pendakwa Nazrul Nizam Mohd Zamri mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 233(2) akta sama terhadap individu yang didapati bersalah menggunakan kemudahan rangkaian atau aplikasi untuk menghantar komunikasi palsu, mengancam atau bersifat jelik dengan niat mengganggu pihak lain.
Dalam penghakimannya, Ahmad Fuad berkata pindaan terhadap Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 membuktikan kesungguhan kerajaan membendung penularan kandungan palsu yang boleh mencetuskan keresahan awam.
Beliau berkata isu harga minyak bukan perkara kecil kerana ia memberi kesan langsung kepada pengguna, peniaga dan sentimen masyarakat, terutama ketika rakyat sensitif terhadap kos sara hidup serta dasar subsidi bahan api.
“Hari ini mungkin seseorang beranggapan satu hantaran itu perkara kecil tetapi apabila dikongsi oleh ratusan atau ribuan orang, kesannya menjadi jauh lebih besar kepada masyarakat,” katanya.
Ahmad Fuad berkata penyebaran maklumat tidak sahih juga boleh membawa kesan lebih serius sekiranya menyentuh isu agama, kaum, institusi diraja atau perkara yang berpotensi mengganggu ketenteraman awam.
Kes itu menjadi peringatan kepada pengguna media sosial supaya tidak sewenang-wenangnya berkongsi infografik, tangkap layar atau dakwaan yang belum disahkan, khususnya melibatkan dasar kerajaan dan harga barangan.
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
AGC ketuai siasatan khas jenayah kewangan, tiada individu atau syarikat terkecuali
Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 cecah RM4.42
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum