BNM kekalkan OPR 2.75 peratus, ekonomi Malaysia kekal kukuh

July 9, 2026 · Isu semasa

Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus, menjadikan kadar itu tidak berubah untuk kali ketujuh berturut-turut sejak Julai tahun lalu.

Keputusan itu dibuat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) dalam mesyuarat keempatnya bagi tahun ini, ketika ekonomi Malaysia terus disokong permintaan dalam negeri, pelaburan dan prestasi eksport yang lebih baik daripada jangkaan.

BNM berkata, pendirian dasar monetari ketika ini masih sesuai bagi memastikan kestabilan harga berterusan sambil menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan.

“MPC akan terus memantau perkembangan semasa dan menilai imbangan risiko berhubung dengan prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri,” kata bank pusat dalam kenyataan hari ini.

OPR ialah kadar rujukan utama yang mempengaruhi kos pinjaman bank, termasuk pembiayaan perumahan, kenderaan dan perniagaan. Kadar 2.75 peratus dikekalkan selepas BNM menaikkannya secara berperingkat sebelum ini bagi mengawal tekanan inflasi dan menormalkan dasar monetari negara.

Menurut BNM, pertumbuhan global kekal berdaya tahan secara keseluruhan, disokong pengembangan teknologi yang kukuh serta keadaan bekalan dan harga komoditi utama yang semakin baik.

Bagaimanapun, bank pusat mengingatkan risiko kepada pertumbuhan global masih wujud, terutama akibat ketidaktentuan konflik di Asia Barat, keadaan kewangan global yang lebih ketat dan kebimbangan terhadap penilaian pasaran kewangan.

“Potensi pertumbuhan menjadi pesat termasuk pemulihan keadaan rantaian bekalan yang lebih cepat daripada jangkaan, perbelanjaan teknologi yang lebih kukuh dan langkah dasar yang menyokong pertumbuhan di negara maju,” katanya.

Bagi ekonomi domestik, BNM berkata pertumbuhan pada suku kedua menunjukkan daya tahan, dipacu permintaan dalam negeri yang mampan serta eksport yang lebih kukuh.

Asas ekonomi Malaysia yang kukuh dijangka terus membantu negara menghadapi kejutan luar. Guna tenaga, pertumbuhan upah dan langkah dasar kerajaan dijangka menyokong perbelanjaan isi rumah, manakala pelaburan pula dipacu projek berbilang tahun sektor awam dan swasta.

BNM turut menjangka sektor luaran terus pulih berikutan prospek pertumbuhan global yang lebih baik, permintaan kukuh terhadap produk elektrik dan elektronik (E&E), pemulihan eksport bukan E&E serta perbelanjaan pelancong.

Sehubungan itu, unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2026 dikekalkan dalam julat 4.0 hingga 5.0 peratus.

Dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, inflasi keseluruhan dan inflasi teras masing-masing mencatat purata 1.7 peratus dan 2.1 peratus.

BNM berkata harga komoditi global yang tinggi susulan perkembangan konflik Asia Barat boleh memberi tekanan kepada inflasi, namun kesannya dijangka terkawal.

“Hal ini mencerminkan langkah dasar dalam negeri dan keadaan permintaan yang stabil, yang akan mengurangkan pindahan tekanan kos luaran kepada harga dalam negeri,” katanya.

Berita berkaitan
Ekonomi Malaysia dijangka lebih kukuh, KDNK berpotensi melepasi 5%
July 20, 2026· Isu semasa
KDNK cecah 5.8 peratus, reformasi kerajaan pacu pertumbuhan ekonomi: PMX
July 17, 2026· Isu semasa
Penarafan A3 Moody bukti asas ekonomi Malaysia kekal kukuh
July 14, 2026· Isu semasa
Akmal Nasrullah tak setuju Onn Hafiz jadikan had bulanan BUDI95 modal politik PRN
July 8, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
MCMC perkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi Program MADANI Kita
21 jam lalu · Isu semasa
Tiada pemimpin boleh hina mana-mana kaum, PM ingatkan Sanusi
24 jam lalu · Isu semasa
Anwar yakin Kabinet setuju dedah laporan RCI Tabung Haji
July 25, 2026 · Isu semasa
MCMC siasat kandungan hina Islam di Facebook
July 25, 2026 · Isu semasa
Tarif AS tidak setinggi negara lain, rundingan akan tetap diteruskan: PMX
July 24, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Manifesto BN ketinggalan jauh, Aminuddin sifatkan tidak realistik
18 jam lalu
[VIDEO] Zahid: Elok Sanusi balik Kedah, tak perlu lagi berkempen di NS
23 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok