Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said

November 24, 2026 · Isu semasa

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menziarahi jenazah Sasterawan Negara, A Samad Said di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, malam ini sebagai penghormatan terakhir kepada tokoh besar dunia kesusasteraan tanah air itu.

Turut hadir Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang bersama ahli keluarga Allahyarham, rakan penggiat seni dan jemaah masjid menyertai bacaan surah Yassin serta majlis tahlil ringkas bagi mendoakan roh Allahyarham.

Ketibaan van jenazah dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) di perkarangan masjid malam ini disambut ahli keluarga, kenalan rapat dan pengamal media yang berada di lokasi.

Terdahulu, Anwar menerusi hantaran di Facebook menzahirkan rasa hiba dan sayu atas pemergian tokoh sastera berusia 91 tahun itu yang menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.10 petang Selasa.

Menurut Anwar, Allahyarham banyak menyumbang kepada masyarakat menerusi karya yang mengangkat kehidupan golongan terpinggir serta menyuarakan perjuangan dan harapan mereka.

“Pak Samad membantu kita memahami kehidupan mereka yang sering terpinggir dalam masyarakat, menggalakkan kita berkongsi perjuangan mereka dan mendukung harapan mereka,” katanya.

Beliau turut menyifatkan kecintaan Allahyarham terhadap rakyat serta keteguhan mempertahankan bahasa Melayu dan memperjuangkan keadilan sebagai legasi yang akan terus dikenang.

“Kecintaannya terhadap rakyat akan terus hidup melalui karya-karya sasteranya, begitu juga keteguhannya mempertahankan bahasa Melayu dan memperjuangkan keadilan,” katanya.

Pemergian Allahyarham disahkan anaknya, Helmy Abdul Samad menerusi perkongsian di media sosial.

“6.10 (petang). Innalillahi wainnailaihi rojiun. Bapa baru meninggal,” katanya dalam hantaran berkenaan.

Sebelum itu, Allahyarham dilaporkan dimasukkan ke wad HKL lewat petang Isnin bagi mendapatkan rawatan akibat sakit tua, selain menghidap diabetes dan jangkitan paru-paru.

A Samad Said merupakan Sasterawan Negara keempat yang menerima pengiktirafan berprestij itu atas sumbangan besar dalam bidang kesusasteraan Melayu.

Antara karya terkenal beliau termasuk novel *Salina*, *Sungai Mengalir Lesu* dan *Hujan Pagi* yang menjadi sebahagian daripada khazanah penting sastera negara.

Pemergian beliau bukan sahaja kehilangan besar kepada dunia sastera, malah meninggalkan legasi perjuangan bahasa, kemanusiaan dan keadilan yang akan terus menjadi inspirasi generasi akan datang.

Berita berkaitan
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
2 jam lalu· Isu semasa
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
2 jam lalu· Isu semasa
Isu premis tutup solat Jumaat, Anwar tidak setuju kenyataan Ahli Parlimen
13 jam lalu· Isu semasa
Jangan abaikan madrasah dalam mengejar kemajuan negara: Anwar
November 23, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
November 24, 2026 · Isu semasa
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
2 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
10 jam lalu · Isu semasa
Wang peti besi RM325,000 lesap, pegawai bank didakwa seleweng
10 jam lalu · Isu semasa
GST belum sesuai dilaksana, kerajaan kekal SST: MOF
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok