Empat maut, lebih 20 cedera dalam nahas konvoi RXZ di LPT

July 11, 2026 · Isu semasa

Seramai 20 mangsa yang cedera dalam kemalangan membabitkan lebih 30 motosikal di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) awal pagi tadi kini menerima rawatan di dua hospital di bandar ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Ashari Abu Samah berkata, 18 mangsa dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), manakala dua lagi menerima rawatan di Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah.

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati lebih 30 motosikal yang dipercayai sedang berlumba terlibat dalam kemalangan tersebut sehingga mengorbankan empat penunggang.

“Siasatan lanjut polis mendapati lebih 30 motosikal yang dipercayai berlumba terlibat dalam kemalangan mengakibatkan empat maut,” katanya ketika dihubungi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, tiga penunggang motosikal Yamaha RXZ, Che Mohd Sufian Che Ghani, 40, Muhammad Hafiz Al Hakim Mazlan, 33, dan Mohd Aizat Husni, 33, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Seorang lagi mangsa, Muhammad Safawi Md Noh, 24, meninggal dunia ketika menerima rawatan di HTAA.

Menurut polis, nahas dipercayai berlaku apabila sebuah motosikal melanggar bahagian belakang sebuah kereta sebelum penunggangnya terjatuh di lorong kanan lebuh raya. Keadaan itu menyebabkan beberapa penunggang lain gagal mengelak lalu bertembung sesama sendiri sehingga mencetuskan kemalangan besar.

Sementara itu, isteri Che Mohd Sufian, Faridah Mat Asri, 39, berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa suaminya oleh kenalan mereka kira-kira jam 1.30 pagi.

Ibu kepada empat anak itu berkata, suaminya keluar bersama beberapa rakan ke Kuantan, antaranya untuk menikmati hidangan di sebuah restoran makanan tradisi Pahang yang terkenal.

“Saya sempat jumpa arwah petang semalam sebelum bawa anak-anak bermain di pantai. Kali terakhir suami menghantar mesej sekitar jam 12 tengah malam, selepas itu tiada lagi,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik HTAA.

Kes disiasat bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan, termasuk dakwaan kegiatan perlumbaan motosikal di lebuh raya berkenaan.

LPT sebelum ini sering menjadi laluan utama pengguna yang menghubungkan Pantai Timur dengan Lembah Klang, terutama pada hujung minggu dan musim cuti.

Polis berulang kali mengingatkan pengguna jalan raya supaya mematuhi had laju serta tidak terlibat dalam aktiviti lumba haram yang boleh mengancam nyawa diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

Berita berkaitan
Kes scam: Panik kena dakwa, wanita jual barang kemas RM500,000
20 jam lalu· Isu semasa
PUTRA lapor polis, dakwa Exco Negeri Sembilan ganggu institusi Raja
September 21, 2026· Politik
Kes scam: Pesara guru rugi RM15,000 ditipu sindiket menyamar pegawai polis
September 20, 2026· Isu semasa
Akta Tahanan Rumah: Tahanan reman mungkin tidak lagi duduk di penjara
September 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Gempa Batu Pahat, gegaran dirasai di enam kawasan sehingga ke Putrajaya
10 jam lalu · Isu semasa
Anwar sampaikan keresahan keluarga mangsa masih hilang kepada PM Nepal: Bernama
16 jam lalu · Isu semasa
Tiga pelakon ditahan susulan video tular persenda Rukun Negara
18 jam lalu · Isu semasa
53 ditahan dalam Op Pedo 3.0, guru dan pembantu makmal antara suspek
20 jam lalu · Isu semasa
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
September 21, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok