Zahid sifatkan isu dengan Kor Ming boleh diselesaikan secara baik

July 13, 2026 · Politik

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata akan bertemu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming susulan kenyataan pemimpin DAP itu berkaitan kesediaannya meletakkan jawatan.

Menurut Presiden UMNO itu, kenyataan sedemikian tidak sepatutnya dibangkitkan oleh mana-mana anggota Jemaah Menteri memandangkan semua pihak berada dalam satu pasukan di bawah Kerajaan Perpaduan.

“Saya tiada nasihat, namun kenyataan itu harus berpatutan kerana kita berjumpa setiap minggu dalam mesyuarat Jemaah Menteri. Kalau berada di pihak pembangkang mungkin kenyataan itu boleh dianggap sesuai.

“Tetapi jika bersama-sama dalam kerajaan, tak perlu perkara seperti itu dibangkitkan. Tak apa, saya akan jumpa dia, dia kawan saya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Amanat Bersama Kontinjen TVET@KKDW ke WorldSkills Shanghai 2026 di Kuala Lumpur hari ini.

Ahmad Zahid turut menegaskan hubungan antara menteri dan timbalan menteri dalam Kerajaan Perpaduan kekal baik, malah semua pihak terus menjalankan tanggungjawab secara profesional.

“Kita bergerak sebagai satu pasukan dalam Kerajaan Perpaduan secara profesional,” katanya.

Beliau berkata, semua pemimpin parti yang membentuk kerajaan telah memberi komitmen untuk terus bersama sehingga tamat penggal pentadbiran.

Menurutnya, pelbagai persepsi yang timbul di luar kerajaan tidak menggambarkan keadaan sebenar hubungan antara parti-parti dalam gabungan itu.

“Persepsi masyarakat di luar itu satu perkara lain, namun realitinya kita berada dalam keadaan yang sangat baik,” katanya.

Isu itu tercetus selepas Kor Ming dilaporkan berkata beliau sanggup meletakkan jawatan sebagai menteri sekiranya UMNO meraih kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan bekas Perdana Menteri, Najib Razak dibebaskan.

Kenyataan tersebut dibuat ketika tempoh berkempen PRN Johor, sebelum Barisan Nasional (BN) dan UMNO mencatat kemenangan besar dengan memenangi 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bagaimanapun, Kor Ming semalam menjelaskan kenyataannya telah disalah tafsir.

Beliau menegaskan pendiriannya dibuat atas prinsip mempertahankan integriti sistem kehakiman negara dan bukannya berkait dengan kemenangan BN dalam PRN Johor.

Menurut Kor Ming, beliau hanya akan meletakkan jawatan sekiranya Najib dibebaskan tanpa menjalani hukuman yang setimpal walaupun telah disabitkan bersalah.

Berita berkaitan
Kes pengisytiharan harta: Ismail Sabri akan didakwa esok
10 jam lalu· Politik
Aziz Bari gesa UMNO, PAS henti pertikai RCI Tabung Haji
14 jam lalu· Politik
Peja: Bersatu tak mampu bergerak solo di Melaka
16 jam lalu· Politik
KJ mohon mahkamah dedah siapa di sebalik artikel fitnah
16 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Anwar: Kebebasan mahasiswa mesti diberi sepenuhnya
6 jam lalu · Politik
Mahkamah kekal keputusan, Ketua Menteri P. Pinang menang kes saman fitnah
14 jam lalu · Politik
RCI Tabung Haji: Kerajaan tidak akan kompromi dan tindakan tegas diambil
14 jam lalu · Politik
Dedah semua, jangan pilih-pilih laporan RCI TH demi kepentingan politik: AMK
16 jam lalu · Politik
Jangan ulang RCI hanya kerana tak suka keputusan: Mahfuz
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok