Sofia Rini berdepan tuduhan fitnah Farhash, kes disebut semula Ogos ini

July 15, 2026 · Isu semasa

Seorang ahli perniagaan muflis, Sofia Rini Buyong mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan memfitnah ahli perniagaan, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menerusi satu rakaman video yang dimuat naik pada April lalu.

Sofia Rini, 50, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Izzah Hasan Basri.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dengan mendakwa Farhash, yang menurutnya telah menjadi warganegara Turki, mencuri wang dan menghantarnya ke luar negara termasuk Turki serta Afrika.

Perbuatan itu didakwa dilakukan menerusi satu rakaman video di ibu negara pada jam 6.30 petang, 26 April lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Fadhly Zamry memohon mahkamah menetapkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam Shugan Raman yang mewakili tertuduh memohon jumlah itu dikurangkan dengan alasan anak guamnya menghadapi kekangan kewangan selain mempunyai masalah kesihatan.

“Anak guam saya menghidap darah tinggi dan diabetes, menanggung seorang anak, tinggal bersama ibunya selepas kematian suami tahun lalu serta tidak mempunyai pekerjaan tetap. Dia juga telah diisytiharkan bankrap dan kini berada di bawah jaminan SPRM sebanyak RM10,000. Jumlah jaminan dicadangkan pihak pendakwaan di luar kemampuan kewangannya,” katanya.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan Sofia Rini diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut menetapkan 28 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Kes itu menjadi perhatian susulan dakwaan yang dibuat terhadap Farhash menerusi rakaman video yang tular di media sosial sebelum ini..

Berita berkaitan
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
10 jam lalu· Isu semasa
Kes saman RM1.9 juta: Najib dibenar hadir prosiding lawan Tommy Thomas
11 jam lalu· Isu semasa
Chegubard dipenjara empat bulan kes fitnah: Laporan
11 jam lalu· Politik
Bekas polis dakwa jadi mangsa kekerasan Shuhaily 11 tahun lalu
14 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
2 jam lalu · Isu semasa
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
3 jam lalu · Isu semasa
AGC ketuai siasatan khas jenayah kewangan, tiada individu atau syarikat terkecuali
3 jam lalu · Isu semasa
Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 cecah RM4.42
3 jam lalu · Isu semasa
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok