Kes Zara Qairina: Shafie Apdal disabit hina mahkamah, dijatuhi hukuman penjara lima minggu

July 29, 2026 · Isu semasa

Presiden Warisan, Shafie Apdal dijatuhi hukuman penjara lima minggu oleh Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu hari ini selepas disabitkan bersalah menghina mahkamah berhubung kenyataannya berkaitan inkues kematian remaja, Zara Qairina Mahathir.

Hakim Amir Shah Amir Hassan memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Ahli Parlimen Semporna itu sebelum mensabitkannya mengikut Seksyen 99A Akta Mahkamah Rendah 1948.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan Shafie untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Dalam penghakimannya, Amir berkata pihak pendakwaan berjaya membuktikan semua elemen kesalahan yang didakwa terhadap tertuduh.

“Mahkamah mensabitkan tertuduh atas kesalahan di bawah Seksyen 99A Akta Mahkamah Rendah 1948 dan menjatuhkan hukuman penjara selama lima minggu,” katanya.

Seksyen 99A memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam minggu atau denda maksimum RM300, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mustaffa P. Kunyalam dan Nadia Izhar, manakala Shafie diwakili peguam Jakariya Ab Jalil serta Chen Ket Chuin.

Kes itu berpunca daripada ucapan Shafie pada September tahun lalu dalam satu program di Kinabatangan, apabila beliau menyifatkan kematian Zara Qairina sebagai “pembunuhan” selain mempersoalkan tindakan pihak berkuasa mengendalikan siasatan.

Ucapan itu dibuat ketika inkues kematian remaja terbabit masih berlangsung di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu di hadapan hakim yang sama.

Susulan kenyataan tersebut, Peguam Negara pada 23 Oktober tahun lalu memperoleh kebenaran mahkamah untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Shafie.

Kes berkenaan mendapat perhatian ramai memandangkan ia melibatkan komen awam terhadap prosiding mahkamah yang masih berjalan, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai kemungkinan wujud campur tangan atau pengaruh terhadap proses perundangan.

Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 17 Julai tahun lalu, sehari selepas ditemui tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar.

Inkues bagi menentukan punca sebenar kematian remaja itu bermula pada 3 September tahun lalu dan dijadualkan bersambung pada 24 Ogos ini.

Berita berkaitan
12 tuntutan MA63 dalam empat tahun berjaya diselesaikan: Mustapha
October 22, 2026· Politik
Kes hina mahkamah: Rayuan hukuman penjara Papagomo ditangguh
October 16, 2026· Politik
Tahanan rumah Najib kekal meski mahkamah tolak tangguh hukuman kes 1MDB: Shafee
October 14, 2026· Politik
Najib gagal tangguh hukuman 15 tahun penjara kes 1MDB
October 14, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
4 jam lalu · Isu semasa
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
5 jam lalu · Isu semasa
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
5 jam lalu · Isu semasa
Kes saman RM1.9 juta: Najib dibenar hadir prosiding lawan Tommy Thomas
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok