Kenyataan fitnah, Anwar tuntut Tuan Ibrahim mohon maaf

July 30, 2026 · Isu semasa

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengemukakan notis tuntutan terhadap Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Ma susulan beberapa kenyataan yang didakwa berunsur fitnah terhadap beliau.

Peguam mewakili Anwar, SN Nair berkata, notis tuntutan itu dihantar pada Khamis bagi menuntut Tuan Ibrahim menarik balik kenyataan yang dipertikaikan serta membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Surat tuntutan tersebut antara lain menuntut supaya Tuan Ibrahim menarik balik serta-merta kenyataan yang dipertikaikan dan membuat permohonan maaf terbuka tanpa syarat.

“Selain itu, Tuan Ibrahim juga perlu membuat aku janji agar tidak mengulangi dakwaan tersebut selain membayar ganti rugi dan kos guaman,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut SN Nair, kenyataan yang menjadi pertikaian itu didakwa dibuat di luar Parlimen pada 14 Jun lalu sebelum diterbitkan semula menerusi media sosial.

Beliau berkata, Tuan Ibrahim diberikan tempoh 48 jam untuk memberikan maklum balas terhadap notis berkenaan.

“Sekiranya gagal berbuat demikian, pihak kami diarahkan untuk memulakan prosiding undang-undang tanpa sebarang notis lanjut,” katanya.

Pertikaian itu tercetus susulan kenyataan yang didakwa mengandungi unsur fitnah terhadap Anwar.

Notis tuntutan merupakan langkah awal sebelum tindakan undang-undang difailkan di mahkamah sekiranya tuntutan yang dikemukakan tidak dipenuhi dalam tempoh ditetapkan.

Berita berkaitan
Zahid sambut seruan Anwar berdamai lepas PRN
4 jam lalu· Politik
Anwar rayu rakyat Negeri Sembilan pilih kestabilan
10 jam lalu· Politik
Anwar mahu episod kerugian Tabung Haji tidak berulang
July 30, 2026· Isu semasa
Anwar: Tiada siapa kebal, laporan RCI TH didedah supaya salah laku disiasat
July 30, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Muhyiddin cadang sidang khas RCI TH dilanjutkan dua hari
5 jam lalu · Isu semasa
Keputusan rayuan Majlis Peguam cabar pengurangan hukuman Najib ditangguh
5 jam lalu · Isu semasa
Lapan pegawai SPRM masuk Ibu Pejabat TH, mulakan siasatan
12 jam lalu · Isu semasa
PRN NS: SPRM terima empat aduan dakwaan politik wang
13 jam lalu · Isu semasa
TH jual aset RM9.7 bilion elak institusi daripada lumpuh
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] NGO Melayu N9 seru rakyat pertahan kestabilan dan agenda pembangunan, tolak fitnah dan sentimen kaum
12 jam lalu
[VIDEO] Jangan guna laporan RCI untuk bersihkan pemimpin salah tadbir TH walaupun tiada ‘sakau’
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok