Kes juruterbang bawa dadah: Kerajaan arah perketat keselamatan lapangan terbang

August 5, 2026 · Isu semasa

Kerajaan mengarahkan semua kelemahan dalam sistem keselamatan penerbangan negara dikenal pasti dan ditutup segera susulan penahanan seorang penolong juruterbang Malaysia di Jakarta yang dipercayai berkaitan kegiatan jenayah.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata arahan itu diputuskan selepas Jemaah Menteri menerima taklimat daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pengangkutan pada mesyuarat Kabinet hari ini.

Menurutnya, tindakan segera perlu diambil bagi memastikan sebarang ruang yang boleh dieksploitasi pihak tidak bertanggungjawab ditutup sepenuhnya, sekali gus memperkukuh tahap keselamatan di semua lapangan terbang negara.

“Pertama, aspek keselamatan penerbangan perlu diperkukuhkan. Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan ditempatkan kerana ketika ini kawalan diuruskan oleh polis bantuan.

“Malaysia Airlines Group (MAG) juga akan diminta menyemak semula protokol saringan latar belakang serta saringan kesihatan juruterbang dan penolong juruterbang selepas mengambil kira insiden yang berlaku,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jemaah Menter hari ini.

Fahmi berkata, langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha penambahbaikan segera bagi memastikan sistem kawalan keselamatan negara sentiasa berada pada tahap terbaik serta mampu menangani sebarang risiko yang boleh menjejaskan industri penerbangan.

Beliau turut menjelaskan kerajaan memandang serius insiden berkenaan memandangkan ia membabitkan kredibiliti sistem keselamatan penerbangan negara serta keyakinan orang ramai terhadap industri tersebut.

Kes penahanan penolong juruterbang Malaysia di Jakarta sebelum ini mendapat perhatian meluas selepas pihak berkuasa Indonesia dilaporkan menahan individu terbabit atas dakwaan berkaitan penyeludupan dadah.

Insiden itu turut mencetuskan persoalan mengenai prosedur saringan kru penerbangan, termasuk pemeriksaan latar belakang dan pemantauan kesihatan, selain keperluan memperkukuh kawalan keselamatan di lapangan terbang.

Kerajaan kini memberi jaminan langkah penambahbaikan akan dilaksanakan segera bagi memastikan kelemahan yang dikenal pasti tidak berulang dan tidak terus dimanfaatkan oleh sindiket jenayah.

Berita berkaitan
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
October 28, 2026· Isu semasa
Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk
18 jam lalu· Isu semasa
PRN Melaka: PH sasar pertahan kerusi, intai peluang rampas baharu
18 jam lalu· Politik
Fahmi umum bantuan untuk dua wartawan kemalangan
October 25, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
2 jam lalu · Isu semasa
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
2 jam lalu · Isu semasa
Kes saman RM1.9 juta: Najib dibenar hadir prosiding lawan Tommy Thomas
2 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
4 jam lalu · Isu semasa
Parlimen: RUU tahanan di rumah hampir siap diteliti KDN, AGC
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok