Tokoh ulama tegur dakwaan undi PH sokong usaha DAP musuhi Islam

August 10, 2026 · Isu semasa

Kenyataan mengaitkan tindakan mengundi Pakatan Harapan (PH) sebagai sokongan terhadap usaha DAP memusuhi umat Islam ditegur seorang tokoh ulama yang menyifatkan dakwaan itu bercanggah dengan prinsip syariat Islam dan amalan demokrasi.

Dalam tulisan tangan bertarikh 9 Ogos 2026, Penasihat Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan, Syeikh Wazir Che Awang menjelaskan hak golongan bukan Islam untuk terlibat dalam sistem demokrasi, termasuk hak mengundi dan dipilih dalam pilihan raya.

Beliau turut memetik hadis Rasulullah SAW riwayat Abu Daud yang memberi peringatan keras terhadap perbuatan menzalimi, menghina atau mengambil hak golongan bukan Islam tanpa kerelaan.

“Ketahuilah, sesiapa telah menzalimi seseorang mu’ahid atau menghinanya atau membebankannya lebih daripada kemampuannya atau mengambil sesuatu daripadanya tanpa kerelaan hatinya, maka aku akan menjadi hujah terhadapnya pada hari kiamat,” menurut terjemahan hadis yang dipetik beliau.

Sheikh Wazir kemudian mengaitkan prinsip itu dengan hak politik golongan bukan Islam dalam konteks negara dan sistem demokrasi.

“DAP berhak mengundi dan berhak diundikannya. Maka sesiapa berkata mengundi PH seolah-olah menyokong usaha-usaha DAP untuk memusuhi umat Islam adalah sangat jahil dalam syariat Islam tentang hak ahli zimmah dan sangat-sangat jahil dalam amalan demokrasi,” katanya.

Tulisan berkenaan muncul ketika isu hubungan antara DAP, PH dan kepentingan umat Islam terus menjadi bahan perdebatan politik, khususnya dalam menghadapi perkembangan pilihan raya serta persaingan antara blok politik.

DAP merupakan salah satu parti utama dalam PH, yang kini menjadi sebahagian daripada kerajaan Persekutuan.

Pada masa sama, isu hak politik bukan Islam dan hubungan antara parti berbilang kaum sering menjadi bahan kempen serta perdebatan politik.

Istilah ‘mu’ahid’ yang digunakan dalam hadis itu merujuk kepada golongan bukan Islam yang tinggal dalam negara Islam di bawah suatu perjanjian atau perlindungan, termasuk konsep ‘zimmi’ dalam perbahasan fiqh.

Tulisan itu turut disertai doa agar Sheikh Wazir diberikan kekuatan dan perlindungan dalam menyampaikan penjelasan berhubung isu terbabit.

Perkara itu sekali lagi membuka ruang perbahasan mengenai keperluan membezakan antara hak seseorang sebagai warganegara dalam sistem demokrasi dengan pendirian terhadap dasar atau perjuangan sesebuah parti politik.

Berita berkaitan
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
5 jam lalu· Isu semasa
Lima tahun dibicarakan, pendakwaan tutup kes terowong Guan Eng
19 jam lalu· Politik
MCA semakin terpinggir dalam BN, dakwa pemimpin PKR
19 jam lalu· Politik
Zahid sahkan MCA kekal bertanding PRN Melaka, calon dipilih kekal
October 27, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
2 jam lalu · Isu semasa
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
3 jam lalu · Isu semasa
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
3 jam lalu · Isu semasa
Kes saman RM1.9 juta: Najib dibenar hadir prosiding lawan Tommy Thomas
3 jam lalu · Isu semasa
Parlimen: RUU tahanan di rumah hampir siap diteliti KDN, AGC
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok